Penulis: Manjlara
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM 19.00 / RM21.00
M/S: 443
Cetakan 1 - September 2010
Cetakan 2 - November 2010
ISBN 978-967-5118-46-3
Jodoh itu rahsia Allah
Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dia pilihan hati?
Blurb:
Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.
Kadang-kadang cinta boleh buat seseoang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan... sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.
***
Manjlara menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya. Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.
Kak Chik menukil:
Beberapa ke bookshop dan beberapa kali juga cuma pegang-pegang, belek-belek, baca-baca blurb di belakang buku comel merah samar dengan corak bunga-bunga dan kumbang tapiiiiiiiiiiiiiiiiii...tak beli pun. Dan setelah sampai 30 Jan lalu, Kak Chik peram la pulak hampir sebulan. Rasa rugi sangat kenapa la aku tak beli dan baca masa dikeluarkan dulu... sebab karya ke-2 Manjlara ni memang best dan sarat dengan pengajaran serta masih ada unsur-unsur kejutan dalam penceritaan plot walaupun kita sudah terlalu biasa dihidang dengan kisah-kisah sedih anak yatim piatu dalam novel melayu. Tapi kelainan tetap terselit dalam novel ni yang menarik Kak Chik untuk menghabiskannya dalam 1 malam jer. Sedar-sedar dah habis pun halamannya.
Coretan Qisya Amni, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh bapa saudaranya Pak Mukri yang mempunyai 2 orang anak perempuan kembar, Julia dan Lydia. Walaupun Pak Mukri amat menyayangi Qisya, namun kehidupan Qisya di banglo itu tetap merasakan dirinya...'anak udang, udang juga, mana nak jadi anak tenggiri. Anak orang, orang juga,mana nak sama anak sendiri', kerana Mak Long Ainun tidak pernah menyenangi kehadirannya. Qisya tega menolak tawaran ke UUM demi mahu menemani Mak Long Ainun yang tidak sihat.
Lalu Cik Si Diari Biru menjadi tempat Qisya meluahkan segala lara hati. Dan kerana menulis diari itu menjadi hobi Pak Longnya juga. Lalu hobi mereka bertukar diari itu makin merapatkan hubungan mereka.
Saat buah hatinya, Hilmy si cinta hati yang dikenali dari matrikulasi terlantar koma di hospital, Mak Cik Asilah pula tega menyuruh Qisya Amni meninggalkan Hilmy. Dia tidak sangka Mak Cik Asilah sehingga saat itu tidak pernah merestui hubungan mereka berdua.
Dalam keluh kesah dan gelisah, Qisya Amni makin tersepit apabila datang rombongan merisik dari keluarga Dato' Fahim buat si anak bujangnya, Azam Jufry. Yang kata Kak Julia, Abang Azam itu kacaknya macam Baim Wong, si pelakon sinetron Indonesia. Manalah Qisya tahu, kerana saat Mak Long dan anak daranya menonton sinetron setiap petang, Qisya pula melunaskan segala kerja rumah.
Dan saat hati Qisya masih sedih dengan pemergian Hilmy, dia dikejutkan dengan lamaran Wafi, abang tiri Hilmy. Aduh, Qisya sungguh tidak suka kepada sikap Wafi yang suka mendesak itu. Namun akhirnya, Qisya terima juga lamaran Wafi Ilya demi Mak Cik Asilah.
Azam Jufry pula, walaupun dari mula melihat Qisya Amni itu sudah pasti itulah surinya terpaksa akur apabila Qisya membuat pilihan yang lain. Lalu dia menganggap Qisya Amni seperti adiknya juga, Kasih. Hubungan yang akrab kerana sikap memahami Azam Jufry membuat Qisya senang.
Namun kerana salah faham, membuatkan Qisya melarikan diri dari rumah...
Sangat geram dengan sikap Wafi Ilya yang panas baran dan cemburu buta sehingga Qisya Amni terluka dengan penghinaan Mak Long Ainun.
Ke mana Qisya membawa hati yang lara? Apa kesudahan kasih Azam Jufry yang luhur?...Baca la sendiri...
Ayat yang sentiasa mewangi di taman hatiku:
"Tadi pun abang dah pesan kat tiang tu, ke tepilah sikit...kereta adik abang nak lalu kejap lagi, tapi 'dia' boleh buat tak tahu pulak! Tak sekolah punya tiang..."
Sangat suka kata-kata Azam Jufry ni sehingga buat Kak Chik tersengih-sengih sendiri.
LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment