Mar 23, 2011
AAB : Cabaran 50 Buku : Jaja & Din
JAJA & DIN: Perempuan dan isteri ‘keras hati’
‘Seorang lelaki muda memakai kopiah putih, sedang bertafakur di pusara seberang jalan. Matanya bening, janggutnya nipis dan sejemput. Memakai kemeja putih yang dilepaskan di luar.’ [Noor Suraya: Jaja & Din, 2009:21]
Din yang inilah yang berjaya menambat menyimpul mati rasa indah dalam hati Jaja. Din yang inilah yang menjadikan hidup Jaja tidak tenteram dan jiwa sentiasa tidak aman sehingga sanggup berbaju kurung setiap kali balik ke kampung halaman kerana ingin kelihatan sopan seorang gadis Melayu pada Din, sekiranya terserempak dan terjumpa.
Jaja & Din hasil nukilan Noor Suraya membawa kita menyelami rasa dan gelodak hati seorang perempuan Jaja. Kita melihat ‘dunia’ Jaja & Din dari ‘kacamata’ Jaja. Hanya sesekali saja kita diberi ruang untuk menyelami rasa diri Din.
Jaja & Din, sebuah kisah punyai pencirian Islam yang terang. Moral yang diangkat adalah condong kepada nilai moral Islam. Cerita tentang ‘penginsafan’ dan pencarian makna hidup sebagai perempuan Islam dalam diri Jaja setelah terpaut mati pada gambar Din.
Melalui Jaja kita melihat dunia Jaja dan dunia Din yang berbeza menjadi satu. Lengkap. Tidak ada terkurang dan terlebih di mana-mana kerana Jaja sudah lama redha dengan cara kehidupan Din yang zuhud.
Jaja & Din bagi saya sebuah kisah yang menarik dan banyak pengajaran. Namun saya pembacaan saya tentang kisah Jaja & Din tidak puas kerana kisah konflik gelodak hati Jaja diawal perkahwinan dan rasa hati sebagai isteri kepada seorang muhajid tidak dalami. Konflik diri Jaja yang melalui proses transisi ke dalam dunia Din dan isteri kepada muhajid bagi saya sungguh menarik tetapi penulis tidak mendalami konflik ini dengan lebih jauh lagi.
Secara ringkas, Jaja & Din mengangkat kisah perempuan dan isteri yang berhati ‘keras’ dalam mengharungi kehidupan sebagai isteri seorang muhajid.
sumber: Ayu-Abu-Bakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Saya amat tertarik dengan komen Ayu di perenggan 2 yang terakhir, terpanggil untuk memberi pendapat juga. Ini cuma pandangan dan pendapat saya, kenapa konflik diri Jaja sebagai isteri pejuang mujahid tidak ditonjolkan kerana sihat yang ada dalam diri Jaja adalah begitu dari mula. Dia adalah Jaja yang asli, yang berlajar mencintai Din kerana Allah walaupun pada mulanya dia jadi pencinta tegar Din dan sanggup buat apa saja untuk Din dan Konflik dalam diri Jaja di tonjol di akhir cerita itu sangat cukup berkesan. Pada saya apa yang dikisahkan dalam Jaja & Din adalah selari dengan keperibadian diri Jaja.
Salam Ayu Haswida,
Terima kasih untuk ulasan :) Jaja & Din ini sebuah cerita yang bergerak macam kereta api ekspres... :)sepantas waktu kaksu menulisnya juga.
Jidah :D terima kasih kerana memahami Jaja, nanti kaksu beritahu dekat 'Jaja'.
- Noor Suraya -
Post a Comment