Mar 8, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (7) Yang Sebenarnya

Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009


Yang Sebenarnya (YS) mengisahkan Dhiya, Nazirah dan Abang Eddie. Dhiya dan Nazirah adik beradik, Nazirah, Kakak. Abang Eddie sepupu kepada Dhiya dan Nazirah. Abang Eddie menaruh hati dan perasaan pada Nazirah. Tetapi, Nazirah pula tidak mempunyai sedikit perasaan pun pada Abang Eddie kerana Nazirah sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu seorang Duda beranak dua yang bernama Encik Ghous.

Selepas Nazirah mendirikan rumahtangga dengan Encik Ghous, Abang Eddie membawa diri ke Luar negara.

Dhiya – Bekerja di sebuah restoran yang berhampiran dengan kawasan perumahan tempat tinggalnya bersama keluarga. Dhiya bekerja di restoran tersebut kerana mahu menjaga mak dan ayahnya. Dhiya mempunyai ijazah, tapi tidak mahu bekerja di pejabat, lebih selesa bekerja di restoran. Berperangai yang agak pelik juga, selepas merasa agak bosan bekerja di restoran, Dhiya membeli sebuah van dari tauke restorannya untuk membuat satu perniagaan baru. Dhiya membuat perniagaan, van sekolah iaitu mengambil dan menghantar anak-anak jiran ke sekolah. Emak Dhiya memang tidak bersetuju dengan kerjaya baru Dhiya itu, selalu sangat Dhiya kena marah serta dibebel oleh emaknya.

Selepas 6 tahun, nazirah bercerai dengan suaminya, Encik Ghous. Muncul watak Ahmad, iaitu mekanik yang bekerja di bengkel yang Dhiya baiki van sekolah. Ahmad kematian isteri dan ada seorang anak kecil lelaki yang bernama Fauzan. Dengan baik hatinya. Dhiya telah menawarkan diri untuk menjaga fauzan, Tapi, yang kena menjaga Fauzan adalah nazirah kerana Dhiya sibuk dengan tugasan menghantar dan mengambil budak-budak sekolah dengan van sekolahnya itu.

Setiap malam, dhiya selalu ber Yahoo mesegger dengan abang Eddie. Sepupu yang rapat dari kecil. Semua pasal diri dan masalah dhiya ceritakan pada abang Edie. Elok-elok Dhiya bekerja memandu van sekolah, pak longnya (bapa abang Eddie) mengajak Dhiya bekerja dengannay. Terpaksa la Dhiya menyuruh bapanya mangambil tugasan memandu van sekolah.

Apabila Dhiya sudah bekerja dengan paklongnya, Abang Eddie pun balik dari luar negara dan berkerja satu pejabat dengan dhiya, Abang Edie mengambil tugas sebagai ketus Dhiya. Tapi, diorang jadi seperti anjing dan kucing, tidak rapat macam bersembang di alam maya. Abang Eddie suka marahkan Dhiya walaupun salahnya sikit je. Saya cukup menyampah dengan watak eddie kerana mengguna kuasa vetonya sebagai ketua untuk sesuka hati memarahi pekerja bawahan.

Akhirnya, Nazirah berkahwin dengan Ahmad. Eddie pula berkawin dengan Dhiya.
Agak menarik jalan cerita YS. Banyak perkara yang sempoi. Perempuan muda yang mempunyai segulung ijazah menjadi pemandu van sekolah, sememangnya cukup kelakar dengan karenahnya bersama anak-anak sekolah.

sumber: nOOr hEkmAt

0 comments: