Tajuk : 3 campur 1 = satu
Pengarang : Ana Farhana
Penerbit : Jemari Seni publishing
ISBN : 978-967-5118-49-4
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Mukasurat : 436 Halaman
kata kulit buku:
I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
“Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku,” rungut Along.
“Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!” omel Khairina.
“Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah membuntang.
II
“Nah ni gambar adik kami!”
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
“Oit! Tenung lama-lama nampak,” Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
“Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.
III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.
***
ANA FARHANA menulis untuk grup ‘muda’ yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan ‘sempoi’. Sekiranya grup ‘tua’ tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah ‘terawet’ dengan jayanya.
kata KK:
pertama kali baca kulit belakang buku ini saya seperti teruja tetapi setelah mendapatkan buku ini, 4 saudara perempuan saya telah membacanya terlebih dahulu. kata mereka, biasa saja dan tidak menarik jika dibandingkan dengan buku lain terbitan JS. maka saya orang yang terakhir yang membaca buku ini. hilang sudah perasaan teruja tersebut.
bagi saya, 3 campur 1 = satu bukanlah menceritakan tentang khairina dan abangnya tetapi sebenarnya, lebih menceritakan tujuannya iaitu hakimi yang mencari jodoh setelah didesak oleh ibunya. begitulah permulaannya, kemudian ia seperti tersasar dan lebih fokus kepada khairina dan 3 abangnya. hakimi hanyalah sekadar watak sampingan.
hakimi bersama tiga abang khairina merancang untuk memberi peluang kepada khairina untuk merasa perasaan disayangi. cadangan daripada abang khairina, hakimi cuba mendekati khairina dan mereka kemudiannya mula berkawan rapat. sedikit konflik iaitu sejarah hitam yang di alami oleh khairina yang menjadikan khairina sukar menerima hakimi walaupun hakimi menerima khairina seadanya kerana dia telah ikhlas menyayangi khairina.
bagi saya, watak along, angah dan acik tidak kuat. ketiga-tiga watak telah disatukan dan mungkin itulah maksudnya tajuk yang diberi penulis. tapi bagi saya, along, angah dan acik sepatutnya mempunyai watak tersendiri dan unik walaupun masing-masing ingin melindungi khairina. watak khairina pula nampak tenggelam. hanya hakimi yang memberi sedikit warna dalam novel ini.
bahasa yang digunakan biasa-biasa saja dan santai sama seperti tipikal novel yang lain.
saya juga sangat kecewa dengan JS selaku penerbit buku ini. ia seperti sedikit tersasar dari matlamat JS dan juga keunikan JS tidak menonjol dalam buku ini. mungkin saya usia sudah 'terawet' dengan jayanya kerana tidak dapat menerima buku ini tetapi apa yang saya dapat hanya 3 campur 1 = satu adalah sebuah kehidupan yang mungkin terselit dalam dunia realiti ini.
sebenarnya cerita abang dengan seorang adik perempuan sangat menarik. kerana saya ada 5 adik lelaki yang sayangkan 5 kakaknya!
~khaulah khalid~
Mar 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment