Penulis: Aina Emir
Penerbit: KarnaDya Solution Sdn Bhd
Harga: RM23.90 / RM26.90
M/S: 568
Cetakan 1 - 2010
Cetakan 2 - 2010
ISBN 978-967-5367-52-6
Cintaku padamu
Hanya Tuhan yang tahu
Blurb:
Best Friends Forever (BFF)... merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Syafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran 'kembar'; ke mana-mana sahaja. mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.
Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.
Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh 'tegap'... asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?
Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada 'nature', minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.
Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat... mungkin juga pembelot?
Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel... dengan empat orang jejaka di atas gunung lagenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.
Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?
Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.
Kak Chik menukil:
Terbanglah Sayang adalah karya yang kedua dari Aina Emir yang dibaca selepas Setulus Janji dan bagi Kak Chik, rasa teruja untuk mengetahui pengakhiran kisah Inaz-Arash-Fiya kurang berbanding ketika membaca kisah llham-Insyirah.
BFF...betul ke apa yang Inaz dan Fiya sematkan pada perhubungan mereka selama ini kerana pada pengamatan Kak Chik tiada langsung nilai BFF itu dalam hubungan mereka kecuali ketika hari-hari lalu (sebelum mereka dewasa) dan pada pengakhiran kisah ini.
Inaz digambarkan sebagai gadis yang lincah, suka kepada muzik yang rancak dan kecoh. Namun pada bab-bab terawal watak Inaz digambarkan sebagai yang selalu moody dan suka melukakan hati orang lain. Dia menjadi terlalu ingin mempunyai lelaki idamannya kerana tidak mahu kalah dengan sepupunya, Fiya. Inaz bagaikan anak yang melupakan ibu dan abangnya yang cacat kerana pada Inaz kerana abangnya, ayah berkahwin lain selain ibu yang terlalu berlembut dengan ayahnya. Dia yang pernah mengalami masalah tekanan kerana masalah keluarga itu cuba menjauhkan diri dari keluarga sendiri.
Fiya, yang pada Kak Chik bukanlah sebaik yang digarapkan oleh penulis kerana apabila diamati jalan cerita ini, Fiya itu bagi Kak Chik penuh dengan tipu muslihat. Dia yang konon-kononnya sentiasa yang terbaik dalam segala hal itu membuat akhirnya dia seolah lupa diri. Dia pada Kak Chik suka menyalahkan orang lain pada setiap kejadian yang terjadi padanya. Dan yang pasti menjadi mangsa mestilah Inaz. Dia selalu syak wasangka pada Inaz sedangkan dia yang menjadi dalang...ohhhhhhhh...dalang pada apa?..Yang tu kena baca sendiri,ok!
Arash, wahhhhhh...karakter Arash digarap dengan wajah yang ala-ala mixed blood gitu. Macam ada iras-iras rupa orang Azerbaijan gitu. Dia yang baru mendapat tahu selama ini dia hanya anak angkat bagaikan hilang semangat buat seketika dan pertemuan di gunung lagenda bagaikan jalan untuk sebuah pertemuan yang lain. Kadang-kadang rasa suka dengan watak Arash dan pada waktu yang lain perasaan benci tu kuat sangat. Dia hanya menggunakan Inaz sebagai sebab untuk dia selalu mendapat maklumat tentang Fiya, yang konon disukai sejak pertemuan di gunung lagenda itu. Dan kejadian Fiya meminta bantuan dia tu bagaikan bulan jatuh ke riba, diterima dengan senang hati. Dan kadang-kadang pada Kak Chik dia bagaikan dayus kerana hanya membiarkan Fiya membuat keputusan sendiri.
Muna & Mel...bagaikan berat sebelah sahaja. Mereka lebih banyak menyokong Fiya. Muna sanggup menjauhi Inaz selepas Fiya dan Inaz 'berperang'. Bukan sahabat yang baik, kan?
Ohhh...Kak Chik bagaikan terus anti dengan Fiya setelah mengetahui punca kepada Farish membatalkan perkahwinan mereka pada sangat-sangat akhir. Kasihan Inaz yang sanggup bersemuka dengan Farish itu dituduh Fiya sebagai punca kepada masalah itu. Memang Fiya tu padan digelar 'burung rajawali'.
Rasanya watak Inaz tu hanya sampingan sahaja kerana boleh dikatakan hampir 80% plot menceritakan 'scene' antara Fiya dan Arash sahaja. Hingga ke akhir masih rasa menyampah denga Fiya!..Sorry....:(
Cuma pada Kak Chik kerjaya Arash tu memang jarang ditonjolkan dalam novel-novel melayu, jadi kita boleh mendapat maklumat tentang juruterbang pesawat pejuang...especially SUKHOI..
LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
Mar 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment