Penulis: Hani Fazuha
Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM18.00 / RM21.00
M/S: 452
Sanggupkah aku menerima insan yang telah merobek hatiku?
Blurb:
Bukan kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan.
"Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja."
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas.
Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta...walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya.
"Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagian suaminya."
Review:
Walaupun ini novel pertama hasil karya Hani tp ia yang terakhir dibaca selepas HSC dan BK.
Kisah Tasya, anak yang menurut kehendak ayah untuk mengahwini anak kepada kawan org tuanya kerana wasiat. Mereka telah dtunangkan sejak kecil lagi. Kerana tidak mahu membuat ayahnya kecil hati atau bersedih Tasya merelakan pertunangan itu sehingga dia tamat belajar.
Namun, apabila tinggal 3 hari saja lagi sebelum majlis yang telah dirancang oleh ayah, papa dan umi, Zahim datang menemuinya dengan satu arahan: batalkan shj majlis tersebut. Tasya terngadah, dalam masa sesingkat ini apa yang boleh dia lakukan.
Akhirnya, Tasya tekad untuk meneruskan juga majlis akad nikah tersebut. Namun peristiwa pada hari persandingannya telah mengubah seluruh arah hidupnya. Dia kehilangan orang yang paling dia sayang dan ditinggalkan oleh Zahim tanpa belas kasihan.
Bertahun lama dia cuma mengubati hati dengan menjauh dr semua orang yang mengenalinya kecuali sahabat kecik kecil, Nani.
Kalau Allah sudah termaktub jodoh itu, itu juga. Maka perpindahan Tasya ke Kuala Lumpur telah menjadi penyebab luka lama bergores semula.
Di Mewah Holding, dia telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Projek dan telah menemukan dia dengan Haris. Kehadiran Tasya telah mengubah Haris menjadi seorang yang lebih baik. Namun kerana Haris jugalah Tasya bertentang mata semula dengan orang yang dia benci itu.
Walaupun benci, kehadiran Zahim tetap mengocak perasaan Tasya dan hanya Zahim saja yang boleh memberi rasa itu padanya. Dalam Tasya sudah mulai mahu menyayanginya, Zahim telah mengambil haknya sebagai suami dalam keadaan Tasya tidak sedarkan diri.
Namun konflik ini, tetap mampu Zahim tangani dan Tasya juga tidak mampu untuk terus membohongi dirinya. Dan kehilangan anak kecil yang tidak sempat ditatap itu mula menjadi penyebab kepada masalah hubungan mereka.
Kehadiran Amylia dan Haris makin membebankan. Kerana sikap tidak berkongsi rasa mereka sama-sama terluka....
Kesudahannya....sama2 derita.....nak tahu endingnya....sila la beli MB ni....
Walaupun plot cerita ni sedikit hambar tp masih seronok untuk dibaca. Bahasa yang digunakan bahasa yang biasa-biasa, mungkin kerana ia hasil karya yang pertama...
P/S: Kredit to Hani utk signature dan sudi tolong borong novel-novel untuk Kak Chik...please keep a good writing. Masih boleh diperbaiki...
LiFe iS a LoNG JouRNeY
~ Kak Chik~
Mar 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment