Mar 14, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (20) Street Vendetta

Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM19.90 / RM22.90
M/S: 631
Cetakan 1 - 2009
Cetakan 2 - 2010

Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu.
'Love is always a beautiful things in our hearts. Sweet and sour!'


Blurb:

Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie

Lidah Anabella serta-merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuat dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally mess, Bella. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella.

"Maafkan aku Kojie, kerana hanya baru sekarang, aku cuba untuk mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku." - Anabella

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti. - Fakruzi

"Itukah sajakah yang kau nak cakap pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - Anabella


Kak Chik menukil:

Perkenalan dengan Kojie, tidak pernah diminta oleh Anabella seorang gadis yang hidup di Kuala Lumpur. Oleh kerana mahu berlagak dan mengakui sebagai anak kepada pemilik syarikat perkapalan, Anabella sanggup berhutang keliling pinggang. Dia rela menipu rakan serumah, Nora semata-mata malu mahu mengaku sebagai anak seorang petani dan berasal dari kampung.

Kerana gaya hidup yang boros, Anabella telah culas membayar duit ansuran pinjaman kereta Wajanya sehingga hampir ditarik oleh Kojie. Pemuda yang teramatlah selekeh dengan rambut yang panjang dan kusut masai, seluar jean yang koyak dilutut dan baju seperti peminta sedekah. Kerana salah faham juga kedua-duanya telah diheret ke balai polis.

Pelbagai cara yang dilakukan Anabella untuk mengelak keretanya ditarik oleh Kojie. Sehingga kejadian kecurian wang syarikat menyebabkan dia dituduh sebagai pencuri. Anabella menjadi tertekan dengan kekangan kewangan dan tuduhan tersebut.

Selepas kejadian itu, Anabella mendapat pula berita cinta pertamanya, Iqbal Haqzri berada di Cherating bersama musuhnya ketika zaman sekolah, Mira. Oleh kerana terlalu taksub dengan cinta pertamanya, Anabella sanggup memandu ke Cherating utk bertemu Iqbal Haqzri. Secara kebetulan Kojie pula tertidur dalam kereta Anabella.

Pelbagai peristiwa yang dialami mereka berdua sepanjang perjalanan itu. Bertemu dengan Iqbal juga membuatkan Anabella sungguh teruja namun dia masih ragu untuk meluahkan perasaannya terhadap Iqbal.

Namun keputusan Anabella melarikan diri bersama Iqbal sungguh merobek hati Kojie. Dan setelah lima bulan berpisah, sekali lagi Anabella bertemu dengan dia yang selalu menemani hari-hari sepinya. Tapi kenapa dia sungguh berlainan sekali kecuali rupa yang sama? Dan kenapa Fakruzi juga tiba-tiba bagaikan tidak pernah mengenalinya selepas tiga kali pertemuan mereka?

*****

Kak Chik rasa:

Sungguh teruja untuk mengetahui pengakhiran hikayat Kojie-Anabella-Fakruzi. Pengolahan plot yang ditulis penulis membuat Kak Chik tidak bosan untuk terus mengulit novel ini hingga ke halaman terakhir.

Pelbagai rasa yang boleh dirasai dari karya ini. Ada masam, manis, pahit, sakit, bahagia, lucu dan teruja. Hingga ada-ada ketika Kak Chik tersengih-sengih sendiri selain pada satu saat cara macam meremang bulu roma. Selain itu persoalan sentiasa bergolak di kepala.

Dannnnnnnnnnnn....tak rugi Kak Chik beli karya Mazni Aznita!


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)

0 comments: