Mar 9, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (19) Tiada Yang Kedua

Penulis: Sania Yasmin a.k.a Sarnia Yahya
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd (Alaf 21)
Harga: RM18.00 / RM21.00
M/S: 452
Cetakan 1,2 - 2009
Cetakan 3,4 - 2010
ISBN 978-983-124-428-9

Akhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu

Blurb:

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil pengantin yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktah. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa!

Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran.

Namun naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?


Kak Chik menukil:

Shira anak perempuan tunggal yang menerima pilihan keluarganya (tetapi memang tak dijelaskan pula kenapa En Shukri & En Mutalib mahu menjodohkan kedua-dua anak mereka) kerana tidak mahu melukakan hati orang tuanya.

Sepanjang perkahwinannya dengan Imran yang melewati setahun itu, Shira sentiasa kesunyian kerana Imran tidak pernah memandang Shira sebagai isterinya. Imran lebih banyak menghabiskan masa bersama kekasih hatinya, Aniza yang dikenali ketika belajar di luar negara dahulu. Dan Imran juga telah berjanji dengan Aniza bahawa mereka akan berkahwin selepas dia dan Shira bercerai selepas dua tahun usia perkahwinan mereka walaupun Aniza pernah mencuba untuk berpisah dengan Imran.

Namun selepas balik bermalam ke rumah ibu bapa Imran di Nilai, perspektif Imran terhadap Shira berubah. Pada matanya Shira pandai membawa diri, tidak pernah menggodanya walaupun berkongsi bilik malah mengingatkan dia pada janji mereka yang dibuat pada malam pertama mereka sedangkan Aniza yang tidak halal padanya senang-senang saja datang menyerah diri kepadanya.

Pemergian Aniza ke luar negara kerana mengikut ayahnya untuk urus niaga telah menyebabkan Imran rapat dengan Shira sekaligus menyebabkan Imran lupa pada Aniza dan janji-janji mereka. Imran bagaikan berada dalam sebuah taman yang sungguh indah bersama Shira yang sentiasa mencintainya sedari mula mereka bernikah.

Namun bahagia itu bukan selalu bersama mereka, kepulangan Aniza ke tanah air telah menyebabkan Shira hidup dalam ketakutan. Aniza selalu mengingatkannya pada janjinya untuk berpisah dengan Imran dan Imran hanya mempermainkan dirinya yang naif. Pada Kak Chik ugutan-ugutan Aniza tu bukanlah apa-apa pun. Tapi tak tahu penulis menggambarkan sehingga Shira jadi terlalu takut. Pada hakikatnya Imran sudah terlebih sayang padanya. Kalau setakat takut syarikat hilang kontrak berjuta tu macam tak logik pula. Dah la lari pun setakat KL sahaja...Kak Chik dah canang-canang dalam kepala paling kurang sampai Australia...hehehhe...jauh pulak berangan ...

Selepas kelahiran Qamarina, boleh pulak Imran cemburukan Shira dengan Razman. Cemburu buta yang membawa binasa. Pertemuan Shira dengan Rizal macam seronok nak baca, Kak Chik suka watak Rizal yang bertanggungjawab tu berbanding dengan Imran yang macam tak cukup matang. Dan yang paling Kak Chik tak suka, Shira tu macam melupakan Qamarina selepas dia bertemu kembali dengan Imran. Dia macam tak berapa ambil berat dengan anaknya. Tak sukalah!

Kenapa Imran tu menyalahkan Rizal apabila Shira keguguran anak kedua mereka sedangkan dia yang mulakan pergaduhan tu? Dia memang tak pernah gentleman pada mata Kak Chik!

Antara Imran dan Rizal, siapa pilihan Shira? Sayangnya watak Aniza bagaikan mati tanpa penamat. Watak antagonis yang tidak memberi apa-apa kesan pada Kak Chik.

TYK bagaikan kurang garam dan asam atau terlebih gula pada bab terakhir?


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)

0 comments: