Mar 1, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (1): Doktor Cinta

Tajuk: Doktor Cinta
Penulis: Dyadila
Terbitan: Kaki Novel
823 mukasurat

" Kalau semalam cinta ini untukmu begitu juga hari ini dan apatah lagi esok.Selamanya nafas cinta hanya untuk mu" (DC)

Sebuah karya yang menarik untuk dibaca walaupun mungkin kita pernah disogokkan dengan tema yang hampir sama sebelum ini. Disebabkan menarik jugalah saya rasa tidak sabar untuk menghabiskan novel setebal 823 mukasurat ini. Kalau dikira mungkin tidak sampai 24 jam saya telah menamatkan bacaan.

Sinopsis:

Menjadi tunangan semalam untuk Tengku Iskandar telah merubah hidup Mazliana, anak manja Hj Nordin. Walaupun dibayar utk tugas itu namun duit bukanlah keutamaannya tetapi atas dasar sahabatnya dunia akhirat Syamin. Dari hanya perjanjian atas sekeping kertas, Maz & Is akhirnya benar-benar ditunangkan kerana tanpa Tengku Iskandar duga bondanya Tengku Mariam telah jatuh sayang terhadap Walaupun setiap pertemuan mereka tidak pernah lepas dari berperang mulut, namun hati masing-masing mula sedar ada rasa saling menyenangi di hati mereka terhadap satu sama lain.Namun Tengku Iskandar cuba menidakkan perasaannya terhadap Mazliana kerana dia masih percaya bahawa cinta pertamanya terhadap Julia Hana akan kekal selamanya. Kehadiran kembali Julia Hana cinta pertama Tengku Iskandar yang pernah pergi meninggalkan Tengku Iskandar suatu ketika dulu & Liyana yang pernuh dendam kerana tidak pernah cuba mengenali Mazliana dalam hidup Najmi telah mengorbankan maruah Mazliana & sekaligus Ibu bapanya. Zikri yang selama ini menjadi 'Superman' Mazliana juga tidak dapat berbuat apa-apa apabila Mazliana menghilangkan diri selama hampir 2 tahun. Walaupun dekat, Mazliana tidak pernah tahu rahsia hati Zikri terhadapnya. Selama hampir 2 tahun juga Hadi Ridzwan cuba menawan hati milik Mazliana.Walaupun begitu kehadiran nota-nota dari Doktor Cinta telah membuat Mazliana jatuh cinta kerana kata-kata Doktor Cinta juga adalah pendorong dikala dia cuba bangkit semula mencari dirinya. Siapakah pilihan Mazliana, Tengku Iskandar yang masih terikat dengan cinta pertamanya tanpa kenal yang mana kaca & yang mana permata, Zikri yang memahami Mazliana & sentiasa ada di saat diperlukan, Hadi Ridzwan yang begitu yakin cintanya hanya untuk Mazliana atau Doktor Cinta yang hanya dikenali melalui nota-nota bisunya?

* * * *

Dalam novel ini juga saya tertarik dengan keakraban hubungan Mazliana dan kakak-kakaknya serta hubungan dengan ibu bapanya. Malah hubungan yang akrab dapat juga dilihat antara Tengku Iskandar & Zikri walaupun bukan adik beradik sebenar & penulis juga telah lari dari kebiasaan yang watak-watak orang kaya seperti keluarga Tengku Mariam & Tengku Mazlan bongkak dan sambong. Bukan kedudukan dan pangkat yang menjadi halangan tetapi hati & perasaan yang menoktahkan segalanya.


sumber : Anita-Sang

0 comments: