Mar 11, 2011

MQ : Cabaran 50 Buku : (2) Bila Tuhan Berbicara

Tajuk : Bila Tuhan Berbicara
Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Ameen Kreatif
Tahun Terbitan : 2007
Halaman : 374
Harga : RM21.90 (M)/ S$15.90 (Singapura/ Brunai)


Ini bukan novel biasa tetapi sebuah novel drama. Membacanya seolah-olah sedang melihat pementasan teater. Ya, betul. Pementasan teater. Kerana watak-wataknya seringkali berbicara dengan penonton ditambah pula efek lampu dan bunyi.

Membacanya ada humor dan ilmu dunia serta ilmu akhirat. Seimbang dan saling melengkapi. Tiga manusia berbeza latar belakang dan berbeza masalah tetapi sama-sama terperangkap.

Mereka berdepan dengan isu letusan gunung berapi, kebangkitan semula, utusan terpilih, penyakit kusta dan pelbagai isu lain yang tidak terjangkau dek akal manusia. Seolah-olah kisah ashabul kahfi dalam versi moden!!

Bagaimana sebuah drama menjadi novel drama? Bukan adaptasi, tetapi ini betul-betul seperti skrip drama yang dijadikan novel. Dapatkan novel drama ini untuk merasai dan menghayatinya.

sumber : Mariah

0 comments: