Jul 6, 2011
AS: Cabaran 50 Buku : (35) Tinta
Tajuk: Tinta
Penulis : Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha
Penerbit: Jemari Seni ( Mac 2011 )
549 Mukasurat
Harga: RM21.50 (SM)/ RM24.50 (SS)
Tiga Ceritera dalam Sebuah Tinta, sememangnya menarik dan penuh dengan suspen, manis dan mengusik hati. Inilah yang dapat saya kongsikan:
Wajah Ketiga – Nasron Sira Rahim
Karya pertama penulis yang saya pernah baca. Pertama kali juga membaca karya penuh thriller dan suspen begini. Walaupun tidak biasa, namun ketika membaca kisah Pembunuh Obituari yang disiasat oleh Inspektor Faiz, saya turut merasakan perasaan berdebar-debar sedari mula hingga ke akhirnya. Gambaran ngeri dapat saya bayangkan.
Sangkaan Pembunuh Obituari telah berjaya ditangkap ternyata silap sama sekali, kerana yang mereka tangkap adalah pembunuh yang sekadar meniru modus operandi Pembunuh Obituari. Namun benarkah keduanya tiada kaitan?
Dia, dalam Ramai – Syud
Kelainan yang telah buat saja jatuh hati. Bukan kelainan dalam jalan cerita tetapi kelainan penulis menyampaikan karyanya. Hasil karya Syud yang keberapa saya baca, saya pun tidak pasti. Namun yang pasti, saya suka karya-karya penulis ini.
Pertemuan yang tidak pernah dirancang oleh Sufiy Suraiya dan Ameer, malah tidak pernah berkenalan dengan satu sama lain. Persamaan mereka berdua ialah, mereka sebenarnya dalam diam sama mengharapkan akan ada pertemuan selanjutnya. Namun mereka terpisah selama beberapa tahun sehingga masing-masing tidak pasti mungkinkah ada pertemuan lagi antara mereka.
Oh…rupa-rupanya mereka jiran selama ini. Tersenyum-senyum sendiri ketika Ameer dikenakan oleh adiknya menyampaikan ucapan dalam siaran radio. Dalam hati memang sudah dapat mengagak, mesti ada orang lain yang sengaja mengenakan Ameer yang suka melambat-lambatkan usahanya untuk mengenali Sufiy.
Saya tersenyum lagi apabila sedar yang Ameer juga adalah rakan suku-sakat Azril, Adil dan juga Pacai. Ada lagi ke rakan-rakan mereka yang saya belum kenali ?
Ada & Evan – Pingu Toha
Tabik betul dengan gaya penulis yang bersahaja dalam karyanya kali ini. Bersahaja dan hanya melalui balasan email-email antara Ada dan Evan, namun apa yang saya boleh katakan memang sangat sweet dan mengusik hati. Malah boleh saja saya tertarik dengan jalan cerita sebegini.
Disebabkan dipaksa berkenalan dan seterusnya akan disatukan oleh ‘janji tadika’ ayah dan ibunya, maka bermulalah email-email antara Evan dan Ada. Evan, yang naïf soal cinta, anak manja ibu dan kuat makan memang tiada rasa suka terhadap Ada pada mulanya. Begitu juga Ada yang pernah kecewa dua kali dalam bercinta seolah-olah belum bersedia bercinta lagi apa lagi ‘kahwin paksa’ dengan Evan.
Ada saja ayat-ayat spontan yang membuatkan saya tergelak, paling tidak pun tersenyum seorang diri membaca novel ini.
Boleh saja karipap ayah Evan bertukar inti, yang sepatutnya berintikan daging ayam bertukar berintikan sardine kerana marahkan Evan yang tidak mahu berkahwin dengan Ada... Namun saya agak kecewa kerana ceritanya hanya terhenti begitu saja (bagi saya). Mungkinkah ada sambungannya, kisah Ada dan Evan?
---
Anita Sang
Labels:
Anita Sang,
Cabaran 50 Buku,
Jemari Seni,
Nasron Sira Rahim,
Pingu Toha,
syud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya beli buku ni pun sebab syud.
nak tahu apa kali ni syud tulis cerita apa ..then suka dengan kawan2 ameer tu..semua watak2 yang kita tahu jugak...
cerita syud ni banyak lebih positif kan life kita...
betul2..mmg suka dgn kewujudan watak2 yg saling mengenali walaupun hadir dlm karya yg berbeza... :)
Post a Comment