Jul 22, 2011
KK: Cabaran 50 Buku : (17) Baju Melayu Hijau Serindit
Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
Muka surat: 430 halaman
ISBN 978-967-5118-59-3
Harga: RM 19.00 (Sem. M'sia) / RM 22.00 (S&S)
Kata Kulit Buku:
SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah
Kata KK:
buku terbaru Syud yang saya beli di Pesta Buku 2011 adalah buku pertama saya baca. Syud berjaya mengalih cinta saya dari Azril kepada Pacai, Muhammad Firas.
Mustahil bukan untuk mengingati seseorang kemudian bertemu dalam tempoh yang lama. Sebulan atau dua bulan bagi saya adalah sangat lama untuk ingat rupa seseorang yang pertama kali bertemu. Baju Melayu Hijau Serindit dan Kasut Merah Dorothy itulah buat Wardah dan Pacai saling kenal antara satu sama lain. Bagi saya kalau itu jodoh tidak mustahil untuk kita kenal seseorang itu walaupun hanya berjumpa sekali sahaja.
Suka dengan watak pacai bak dikarang oleh Syud sendiri, Pacai kalau dalam Tentang Dhiya digambarkan sebagai lelaki yang pasang banyak perempuan sebenarnya pencinta setia seorang Annisa, Bagi saya Pacai adalah sangat 'cool'. Watak Wardah adalah sangat comel macam saya. SANGAT PERASAN. Tidak. Watak Wardah juga berlainan dari Lisa dalam Tentang Dhiya. Kerana itulah saya boleh terima Pacai digandingkan dengan Wardah. Comel!
Watak Pacai juga tidaklah serumit Adil dalam Untuk Awak, Teja Aulia. Watak Pacai yang kadang tidak peduli tentang orang lain tetapi bila sekali dia ambil berat tentang seseoran, dia akan jaga betul-betul.
Akhir sekali, saya senang dengan pengolahan Syud tentang Pacai dan Wardah. Cuma satu saja, ingin saya tanyakan pada Pacai bagaimana dia, Azril, Adil dan kawannya sangat tabah ambil jurusan seni bina. Huhu.
Hei, Pacai itu Wardah punya la! Eh, baju raya tahun ni warna hijau serinditkah?
--
-khaulah khalid-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment