Jul 29, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (55) Tajdid Rindumu


Tajdid Rindumu
Penulis: Dyza Ainun
Terbitan Buku Prima
Cetakan 1 - 2011
RM25.90
Sabah/Sarawak RM28.90
661 mukasurat
9789670184111


"Rindumu yang tersimpan kulakar menjadi kejora yang bertamu di denai hati..."


Segannya sewaktu pesta buku PWTC dulu terserempak dengan Dyza Ainun tapi karya terbarunya belum sempat aku baca. Bulan ni memang kesibukan melanda ditambah pula dengan mood membaca yang merudum, tak banyak buku yang berjaya aku abiskan. Nasib baiklah sempat juga aku tatap Tajdid Rindumu sebelum tenggelam dalam kesibukan semula dan juga perkara yang yang dah mula mencuri perhatian aku dari menatap buku ;)


Tajdid Rindumu mengisahkan V'na, seorang gadis manis tetapi berpewatakan kasar. Seorang anak yang bertanggungjawab dan mengenang jasa. Perkenalan dengan Izzul membuat dia rimas kerana entah mengapa dia sangat benci dengan wajah kacak itu. Izzul sudah beristeri tetapi isterinya tidak dapat memberikannya anak. Izzul lebih terpikat kepada V'na, gadis kedai bunga berbanding Odah, orang gajinya yang dicalonkan oleh isterinya, Siti Dalila, sebagai isteri kedua. Bagi Izzul, V'na lebih memikat hatinya walaupun gadis itu cepat melenting apabila melihat wajahnya.


Hajat hatinya yang tidak kesampaian itu diadukan kepada Siti Dalila lalu Siti Dalila bersetuju untuk memujuk V'na agar menerima Izzul dan menjadi madunya. Dia redha dalam terpaksa kerana sedar akan kekurangan diri. Siti Dalila dan V'na membuat perjanjian yang setelah V'na melahirkan anak Izzul, dia akan bercerai dan anak itu akan berada di bawah jagaan Siti Dalila dan Izzul. (berkahwin dengan niat untuk bercerai adalah haram dalam Islam. Boleh semak fatwa. Ahli Sunah Wal Jamaah))


V'na mengambil peluang itu utk meminta Izzul membina rumah buat keluarganya di kampung. Izzul tiada sebarang masalah untuk memenuhi apa saja kemahuan V'na asalkan V'na setuju menjadi isterinya. Izzul bersedia membahagi kasih seadilnya antara Siti Dalila dan V'na kerana dia menyintai kedua-duanya.


Aku rasa agak tidak logik cara penerimaan V'na terhadap lamaran siti Dalila. Bukan sedikit benci dia kepada Izzul. Tetapi mudah saja dia menerima lamaran Siti Dalila yang belum pernah dikenalinya. Diminta bersuamikan lelaki yang dibencinya pulak. Perwatakan V'na dibina dengan baik sejak awal cerita, tapi bila sampai part lamaran ni terasa seperti watak V'na sudah lari dari characteristics yang telah dibina. Lainlah kalau dia benar-benar jatuh cinta dengan Izzul atau Siti Dalila merupakan kenalan rapatnya atau dia pernah terhutang budi dengan mereka. Persetujuannya kelihatan seperti 'out of the blue', tiba-tiba saja. SElepas berkahwin pun V'na masih lagi membenci Izzul dan menolak untuk bersama Izzul. Kalau tak rela kenapa dia berkahwin dengan Izzul. Aku la pulak yang pening memikirkan hala tuju perkahwinan yang begini, terasa ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang tidak serius dan main-main pulak.


Siti Dalila berangkat ke Indonesia dengan niat untuk tidak kembali ke Malaysia selagi V'na belum bersalin. Dia hanya akan kembali apabila semuanya selesai. Izzul akan ke Indonesia sekiranya ingin bertemu dgn isterinya. Ayahnya yang diberitakan sakit membuat Siti Dalila terpaksa kembali dan menyaksikan keadaan V'na yang sedang mengandungkan anak Izzul. Cemburunya bercambah dan tidak dapat ditahan lagi apabila izzul sanggup mengenepikan business besar di Turki semata-mata kerana tidak mahu meninggalkan V'na yang bakal melahirkan dalam masa 2 bulan lagi. Siti Dalila mengadu pada V'na lalu V'na keluar dari rumah tanpa izin suami dan balik ke kampung. Dia hanya akan kembali kepada Izzul setelah Izzul menyelesaikan urusan di Turki.


Izzul setuju mendirikan sebuah rumah buat V'na di kampungnya tetapi dia sendiri tidak tahu kampung V'na letaknya di mana? cerita pengorbanan Rafeah membenarkan suaminya memperisterikan Siti Aminah demi agama adalah lebih menarik.


Syakil cuba memenangi hati Siti Dalila yang dikasihinya dan mengharap Siti Dalila dapat memberikan kasih sayang seorg ibu kepada anaknya, Danish yang ditinggalkan ibu sendiri demi mengejar cinta baru. Mungkin setelah mengetahui Siti Dalila dimadukan membuatkan dia berani mendekati Siti Dalila. Tapi tindakannya mengorat bini orang dari segi moralnya memang tak eloklah. Siti Dalila dan Syakil akhirnya terjerumus dalam perhubungan terlarang dan Siti Dalila menggunakan cinta Syakil untuk memisahkan V'na dari Izzul. (Entah macam mana Syakil boleh fikir perempuan yang sanggup menjadi kekasih gelapnya adalah calon isteri dan ibu untuk anaknya? Tidakkah sikap begitu lebih kurang sama saja dengan bekas isterinya?)


Sebaik saja melahirkan seorang puteri, Izzul nekad tidak mahu bercerai dengan V'na tetapi setelah pulang bersama isteri tuanya, Izzul kembali keesokan harinya lalu terus menceraikan V'na dengan talak tiga. Dah kena guna-guna.

Siti Dalila mengenakan syarat agar V'na menikahi Syakil setelah abis edah sekiranya mahu anaknya kembali. Siti Dalila mendakwa yang dia sedang mengandung jadi Izzul tidak mahu baby Kamilia yang baru dilahirkan V'na. V'na setuju setelah berbincang dengan ibu dan adiknya. Tetapi penderitaan yang lebih hebat menantinya setelah menjadi isteri Syakir. KEtika itu barulah dia menyedari bahawa Izzul adalah suami yang jauh lebih baik berbanding Syakir.


Di hujung-hujung cerita baru kita nampak perancangan rapi Siti Dalila yang mulanya kelihatan sebagai seorang isteri yang mahu melihat kebahagiaan suami menimang cahaya mata. Rasa cemburu telah menjadikan dia isteri yang curang dan pendendam. Happy ending yang memuaskan hati.:)


sure fine whatever
rinn





blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Pengorbanan V'na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada izzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yg penuh dgn jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dgn kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. apa lagi, ternyata V'na telah berjaya menganugerahi Izzul Haqeemi dgn gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kpd bayi yang selama ini amat diharapkan oleh izzul. Namun V'na terfitnah oleh pelbagai hasutan yg didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan?


"Akak ingat saya ni dah tak laku sangat? Kena jadi bini nombor dua kepada mamat tu? Oh, mintak maaf! Dia dah ada isteri yang begini cantik dan bergaya. Baik dan sempurna. Bandingkan akak dan saya, jauh langit dengan bumi, kak! Memang suami akak tu gatal! Miang!"-V'na


"Kakak sedar, kakak ni perempuan yg sangat malang. Kakak isteri yang tak sempurna. Kakak tak boleh menghadiahkan Abang Izzul dengan cahaya mata. Sedangkan Abang Izzul sudah lama teringinkan anak." - siti Dalila


"Abang tak berbohong sayang. Abang bersumpah dengan nama Allah. Abang benar-benar dah jatuh cinta dengan V'na. Bukan sekadar untuk mendapatkan zuriat malah untuk menawan seluruh cinta V'na!" - izzul Hakimi


------------

Pengorbanan selalunya seiringan dengan perjalanan hidup. Tanpa pengorbanan, hidup ini seperti basi dan hambar. Lalu kuuntaikan Tajdid Rindumu, agar setiap mata yang menatapi karya kalamku mengerti betapa mahalnya nilai sebuah pengorbanan. Berkorban demi untuk insan tercinta kelak nanti akan dilukiskan takdir yang terindah di sisi DIA. Duhai hati dan jiwa yang sanggup berkorban, pengorbananmu ini tidak dipersia oleh-NYA. akan tercatat kelak bersama bayaran yang tertinggi nanti. ~Dyza Ainun

0 comments: