Jul 21, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (29) Ceritera Rindu


Ceritera Rindu
Penulis : Leeya Myra
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2009


Kepekaan saya:

Ceritera rindu mengisahkan watak utama iaitu heroin yang bernama Imanina atau lebih dikenali sebagai Iman. Iman dibesarkan di rumah anak-anak yatim kerana kehilangan kedua orang tuanya yang telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Motif utama dalam hidup Iman adalah ingin membalas dendam. Iman menyimpan dendam terhadap seseorang yang dianggap sebagai penyebab berlakunya kemalangan maut ke atas kedua orang tuanya.

Semasa dibesarkan di rumah anak yatim atau lebih dikenali sebagai Teratak Cahaya Sakinah, Iman sentiasa menyendiri, tidak mahu bergaul dengan orang lain dan menjadikan dirinya seorang yang sangat sombong. Sememangnya Iman tidak gemar berkawan, namun, kehadiran Carmen yang seperti tidak tahu malu dan lebih tepat lagi, tidak paham bahada, terus untuk merapatkan dirinya pada Iman. Akhirnya, tembok kesombongan Iman berjaya di tembusi oleh Carmen. Mereka berdua menjadi sahabat baik sehingga ke alam dewasa.

Ketika berada di Teratak Cahaya Sakinah, dari kecil lagi, Iman seriang menerima surat dari pakcik. Pakcik yang tidak pernah muncul di hadapan Iman, terlalu mengambil berat pasal Iman hanya melalui surat sahaja. Iman seperti dapat merasai, dirinya terlalu dekat dengan pakcik. Sehinggakan semua perkara Iman ceritanya pada pakcik melalui penulisan suratnya. Pakcik juga sering mengirimkan hadiah untuk Iman. Iman juga makin senang dengan kehadiran surat-surat pakcik. Iman sering meluahkan segala perasaan, marah, benci, suka dan segalanya pada pakcik.

Setelah usia Iman meningkat dewasa, Iman berkerja sebagai editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku. Sehingga usianya Iman mencecah 24 tahun, Iman belum pernah lagi bersua muka dengan pakcik yang selalu berhubung dengannya melalui surat.
Di pejabat, Iman selalu di kacau oleh bosnya yang bernama Amin. Amin adalah seorang lelaki yang cukup kuat perasan dirinya kacak dan baik hati. Kiranya, Amin nak memikat hari Iman la. Selalu ajak Iman keluar makan dan belanja Iman makan di tempat-tempat ekslusif.

Sampaikan usia sudah dewasa, Iman tetap dengan perangai yang berhati batu dan keras kepala. Sikit pun Iman tidak hairan dengan segala macam perkara yang Amin lakukan untuk memikatnya. Lama-kelamaan, Iman yang melamar Amin kerana Iman ada agenda di sebalik perkahwinannya bersama Amin nanti. Tentunya dendam di hatinya sejak kecil lagi masih kuat.

Sememangnya Iman mempunyai agenda yang besar dan Amin merupakan watak penting dalam misinya untuk merobohkan syarikat orang yang telah di anggapnya musuh. Orang yang dianggapnya musuh itu, telah didendaminya sejak sekian lama adalah seorang lelaki yang menyebabkan kematian kedua orang tuanya. Tetapi, semakin misinya makin hampir, Iman merasa berat hati untuk meninggalkan dan melukakan hati Amin. Mungkinkah Iman betul-betul telah jatuh cinta pada Amin? Sanggupkah Iman memusnahkan rumahtangganya bersama Amin kerana dendam yang membara di hati?

Iman, satu watak yang penuh dengan dendam. Saya sebagai pembaca pun, macam tertanya-tanya sepanjang pembacaan, apakah yang Iman inginkan dalam hidupnya? Adakah akan muncul kebahagian dalam dirinya jika segala dendam terbalas? Agak berat juga untuk memikirkan semua itu jika tidak menghabiskan pembacaan.

Hidup yang dilimpahi dengan perasaan dendam tidak akan terjumpa dengan jalan kebahagian. Setiap sesuatu yang dilakukan dalam hidup, jika berdendam akan sentiasa dipenuhi dengan sifat syak wasangka dan mementingkan diri sendiri. Kiranya, watak utama dalam ceritera rindu ni, agak berlainan sedikit dengan watak-watak utama novel yang pernah saya baca.

---
Noor Hekmat

0 comments: