Jul 18, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (13) Gelora : Ma Lee Chuswan


Akhirnya, setelah sekian lama menyepi, penulis ini kembali mewarnai dunia penulisan walaupun novel Gelora ini merupakan terbitan semula (dulu diterbitkan oleh Karangkraf/Alaf21, sekarang diterbitkan semula oleh Kaki Novel).

Gelora edisi pertama saya baca ketika saya baru habis sekolah menengah atau masih di sekolah menengah *punya la lama sampai tak ingat*..usai membaca Gelora, saya rasakan cerita masih sama, tiada penambahan walaupun penulisnya kata ada penambahan *mungkin saya tak perasan sebab dah lama sangat baca edisi pertama* apa pun saya suka Gelora...bila membaca Gelora buat jiwa saya bergelora macam hati Mila dan Adam.

Tahniah buat penulis Ma Lee Chuswan kerana kembali mewarnai dunia penulisan. Saya menanti novel akak yang seterusnya..saya suka Pergilah Sayang (terbitan CESB) kerana cerita itu sungguh menyentuh hati...

0 comments: