Jul 1, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (50) Nurul Laila Suria

Penulis: Fatihah Pauzihal
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-61-6
Harga: RM21.00 / RM24.00
M/S: 539
Cetakan 1 – Jun 2011

Tiga hati merencah hidup, menampung derita menjadi syurga

Blurb:

Nurul, Laila dan Suria, akrab sejak di bangku sekolah. Namun sudah tertulis, haluan mereka memang berbeza. Hampir sedekad berlalu, takdir sekali lagi menemukan mereka. Tiga wanita membawa tiga cerita cinta…

Nurul
Bukankah wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik? Lalu dia nekad melarikan diri ke negara jauh. Tapi, di situ ada lelaki yang menunggu. Siapa yang terbaik untuknya? Atau dia harus memilih sahabat yang setia waktu senang atau susahnya itu?

Laila
Mereka pernah hampir maut bersama. Bukankah itu bukti cintanya? Hatinya tawar, biarlah cinta itu lerai. Yang penting ada nyawa yang harus diselamatkan. Tapi, haruskah dia menolak lagi sekiranya cinta hadir di hadapan mata?

Suria
Saat hatinya remuk, Fahmi dating menghulur cinta. Tapi, mengapa hati sukar benar menerimanya? Mengapa, saat hati dibunga rasa cinta, dugaan demi dugaan dating menimpa?

*****
Merekalah lambang wanita cekal. Nukilan pertama FATIHAH PAUZIHAL mampu menguatkan lagi semangat setiap wanita yang membaca kisah mereka.

Kak Chik menukil:

Terima kasih kepada JS untuk hadiah resensi untuk bulan Mei. Sangat teruja untuk berkongsi suka duka Nurul, Laila dan Suria selepas membaca bab terawal di lawan sesawang JS. Karya pertama penulis dengan kulit buku yang sungguh comel hadir dengan warna merah samar serta lukisan yang bagaikan lukisan dalam buku mewarna anak-anak kecil. Warna merah samar yang digambarkan warna yang paling dengan hati seorang wanita.

Perjalanan setiap watak utama yang digarap dengan cara yang berbeza serta perjalanan hidup yang penuh dengan dugaan dan air mata.

Persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah itu terpisan dan terus terpisah selepas mereka mengambil jalan sendiri demi masa depan. Nurul dan Suria terpaksa meninggalkan Laila yang terlantar koma selepas kemalangan. Suria mahu meneruskan pelajaran dan Nurul mahu mencari kerja. Laila pula akan dibawa pergi oleh Mak Cik Ani selepas keluarga Laila mengambil keputusan untuk berpindah.

Penulis telah memisahkan kisah mereka bertiga kepada tiga bahagian yang terasing sebelum diadun bersama selepas pertemuan tiga sahabat tersebut selepas sedekad terpisah.

Suria, jalan hidupnya menjadi hitam setelah dibuang keluarga kerana sikap buaya tembaga Imran. Suria yang tersepit terpaksa menerima Fahmi sebagai suami. Fahmi yang merupakan sahabat baik Imran menerima Suria kerana sejak pertama kali bertemu Suari, hatinya sudah diberi pada gadis itu. Suria tetap bersikap acuh tak acuh terhadap suaminya walaupun Fahmi teramat baik dengannya. Fahmi tidak pernah mengungkit kisah lalu Suria dan berusaha memberi yang terbaik untuk Suria dan anak yang dikandung Suria. Suria bagaikan tersedar perasaan cinta Fahmi kepadanya terlalu dalam selepas dia kehilangan anak dalam kandungan yang sudah disayanginya. Perhubungan Suria dan keluarga mertua juga semakin baik yang turut memberi keyakinan Suria untuk menerima kehadiran Fahmi dengan ikhlas. Saat, Suria sudah memberi hatinya kepada Fahmi, kehadiran wanita bernama Zulaikha bersama anak lelaki berumur lingkungan 5 tahun telah merobek hati Suria. Lalu, Suria tekad untuk membawa diri bersama zuriat Fahmi yang menjadi rahsianya sendiri?

Perkahwinan Laila dan Shafiq hancur kerana kekejaman Datin Halijah. Laila dihalau keluar dari banglo mereka kerana fitnah ibu mertua sendiri. Bertahun Laila digantung tak bertali. Shafiq sudah banyak kali mempermainkan hati Laila dengan dating merayu-rayu meminta maaf kerana melukakan hati Laila. Tetpai selepas itu Shafiq menghilangkan diri kembali meninggalkan Laila terus terseksa. Keadaan Laila makin tertekan selepas kehilangan buah hati kesayangannya Alia. Laila terus dihantui pelbagai masalah sehingga dia hilang pertimbangan diri dan dikategorikan sebagai pesakit mental tetapi Makcik Ani tidak berdegil tidak mahu Laila dirawat sebagi pesakit mental kerana tidak mahu Laila digelar sebagai orang gila. Dua tahun Laila terhimpit dengan tekanan perasaan dan kehadiran Nizam iatu anak angkat Makcik Ani sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan Laila. Saat Laila sudah tekad membuka pintu hatinya untuk Nizam, kehadiran Shafiq meruntuhkan anganan tersebut. Nizam terus meninggalkan Laila tanpa sesaat memberi peluang untuk Laila berterus terang. Betulkah Laila sebenarnya menghidap penyakit mental atau ada penyebab lain di sebalik penderitaannya?

Nurul percaya, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Tindakan tekad Nurul melarikan diri tiga hari sebelum hari pernikahan dengan Ustaz Hakim menyebabkan Nurul hidup dalam persembunyian. Dia telah menghancurkan hati keluarga dengan tindakannya tetapi dia tidak mahu jalan hidupnya ditetapkan oleh orang lain waima ibu bapanya sendiri. Pertemuan kembali Nurul dan Ustaz Hakim di Kangar telah mengubah sesuatu yang amat payah untuk Nurul terima sehingga dia tekad membawa diri ke luar negara. Di sana Nurul sentiasa ada seseorang yang mengambil berat dan membantu Nurul. Bertahun di negara orang belum mampu melarikan Nurul dari satu kenyataan yang tidak akan pernah padam. Walaupun Nurul nampak keras namun hatinya tetap lembut, apabila sudah bertahun-tahun menumpang kasih orang, hatinya tetap terluka. Sampai bila dia harus begitu, rasa bersalah dan berdosa kepada Joanne mula menghimpit diri lalu Nurul mencuba untuk jauh daripada Alif. Cukuplah kehadiran Danish membahagiakan Nurul. Bahagiakah yang menanti Nurul di tanah air sendiri nanti?

Pertemuan kembali tiga sahabat ketika dalam pesawat untuk ke destinasi yang sama dengan suatu tujuan yang sama. Akan bertemukah mereka dengan apa yang mereka cari?

Sudut pandang Kak Chik:

Tahniah kepada penulis untuk buah tangan yang pertama yang tidak menghampakan. Amat jarang cara pengolahan yang sebegini diterapkan dalam penulisan novel dengan pecahan kepada tiga kisah yang berlainan walaupun akhirnya bercamtum juga.

Plot cerita yang tidak terlalu kompleks namun masih mempunyai unsur-unsur untuk menarik pembaca untuk terus menghurai kisah tiga sahabat ini. Namun pada Kak Chik, kadang-kadang penulis bagaikan tergesa-gesa atau terlepas pandangan dengan sesuatu yang masih penting untuk jalan cerita ini. Pengakhiran kisah Nurul yang manis tetapi kisah pengakhiran antara Nurul dan Ustaz Hakim pula bagaimana?

Kak Chik kasihan pada Cikgu Lily Suriani yang menjadi mangsa keadaan sedangkan dia tidak bersalah dalam kisah-kisah ini.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

1 comments:

Anonymous said...

Kisah Nurul dan Hakim ada pengakhirannya.