Tajuk : Tinta
Pengarang :Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha
Penerbit : Jemari seni publishing
Mukasurat : 551 halaman
ISBN: 978-967-5118-57-9
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Kata kulit buku:
Tiga ceritera dalam sebuah
TINTA
Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
***
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?
Kata KK:
3 kisah yang berbeza.
penyusunan jemari seni dalam menggaulkan 3 cerita berbeza dalam satu novel kali ini sangat menarik.
wajah ketiga
ceritera pertama iaitu wajah ketiga oleh nasron sira rahim mengisahkan tentang satu kes yang berkait dengan novel pertamanya. cara pembunuhannya yang sangat kejam dan ngeri untuk saya gambarkan tetapi saya masih boleh meneruskan bacaan hingga akhir. walaupun kes ini agak sama dalam novel pertamanya namun kes ini lebih menarik berbanding kes dalam novel pertama. kerana cinta boleh buat manusia menjadi kejam. unsur suspen dalam novel ini lebih kuat dari kes novel pertama kerana saya tidak menjangka siapakah penjenayah itu. sungguh penulis pandai bermain psikologi dalam penulisannya.
Dia dalam ramai
ceritera kedua iaitu dia dalam ramai oleh syud. syud tidak pernah mengecewakan saya. cuma untuk kali ini bagi saya penamat masih belum memuaskan sebab tergantung. mencari, kemudian bertemu kembali. watak sufi dan ameer ini seperti bermain tarik tali. masing-masing cuba memahami bahasa jiwa mereka. jodoh itu datang tak kira jauh atau dekat. kalau nak jadi, maka jadi lah.
Ada & Evan
ceritera ketiga dari pingu toha iaitu ada & evan. cerita paling menarik dalam novel ini. saya sangat terhibur menghayati karya pingu toha. karya kali ini santai dan bersahaja. saya senang membaca kisah Ada dan Evan. Baca Ada dan Evan seperti baca komik manga.
ada ke orang macam Ameer dab Evan?
---
-khaulah khalid-
0 comments:
Post a Comment