Tajuk : Secangkir Teh Pengubat Letih
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu
Mukasurat : 280 halaman
ISBN: 978-983-097-238-1
Harga:RM 25 ( sem. Msia) / RM 27 (sabah/Sarawak)
Kata Kulit Buku:
Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, 'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, 'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khalifah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggi jalanan. Semua itu adalah cara ALLah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.
Kata KK:
Ya, buku ini seperti pengubat letih saat-saat penat bermain perasaan dengan manusia. Pada mulanya, saya berat hati untuk membaca buku ini kerana ia berkisar tentang Turki. Bagi saya apalah yang ingin diceritakan tentang Turki, negara sekular yang terkenal dengan banyak masjid di sana.
Sebelum ini, saya pernah menyukai Turki tapi hanya kerana saya punya sejarah dengan Hagia Sophia buat saya jadi hilang rasa suka pada Turki ini. Kisah saya dengan Hagia Sophia buat saya kecewa dan putus rasa dengan Turki. Namun, setelah mengembara dengan SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH saya kembali jatuh cinta dengan Turki.
Travelog Tarbiah dari ustaz Hasrizal ini adalah sekitar zaman 90-an ketika beliau sedang belajar di Jordan. Turki menjadi rumah kedua atau dengan kata lain yang saya suka gunakah adalah sebagai tempat pelarian sepertimana UIA pernah menjadi temapat pelarian saya suatu ketika dahulu.
Ustaz hasrizal berjaya mengalih persepsi saya tentang Turki walaupun penduduknya berada dalam era sekular tetapi masih ada yang mengamalkan Islam yang sebenarnya. Sekolah Tahfiz sangat banyak dan rata-rata pemuda Turki adalah seorang hafiz. Masing-masing mula menghafal al-Quran dari kecil. Ini buat saya jatuh cinta dengan pemuda Turki banding dengan pemuda Malaysia susah nak ketemu pemuda Hafiz.
Malah diceritakan juga bahawa kesedaran rakyat Turki tentang politik dan isu semasa sangat tinggi. Akhbar-akhbar Turki sentiasa laris dan berita di televisyen sangat diberi perhatian. Kagum dengan rakyat Turki yang sangat cakna dengan perkembangan isu semasa dan akhbar-akhbar mereka seperti sumber yang boleh dipercayai sebagai rujukan kalau dibandingkan dengan Malaysia.
Sesuatu yang sangat terkesan adalah orang-orang Turki sangat mementingkan adab makan. Mereka sangat menghargai makanan dan mereka akan pastikan makan sampai licin sehingga tiada apa yang boleh dimakan lagi. Sekali lagi saya membandingkan dengan kita, orang Malaysia sukar untuk menghabiskan makanan. Buktinya lihat saja dalam drama -drama yang disiarkan.
Akhir sekali, teh yang menjadi tajuk utama dalam buku ini turut diceritakan oleh penulis. Orang Turki sangat menyukai teh dan sepanjang pembacaan saya sering saja terbayangkan teh panas ini. Rakyat Turki berjaya buat saya makin gemar dengan teh apatah lagi Malaysia juga sinonim dengan pengeluaran teh tempatan seperti Boh. Apa yang berbeza adalah cara penyediaan teh orang turki tidak sama dengan orang Malaysia.
Pengakhiran travelog penulis menceritakan tentang perubahan politik di Turki dan ketika itu pengharaman pemakaian tudung di sekolah adalah isu besar. Sekolah tahfiz juga telah ditutup. Namun sekali lagi, penulis berjaya mengekalkan persepsi saya terhadap Turki walaupun wanita Turki mengalami kesukaran untuk hadir ke sekolah, sekolah tahfiz ditutup, mereka menggunakan masalah ini dengan melihat satu sudut yang lain dan masih positif dengan masalah ini.
Setelah berakhinya pengembaraan di negara yang berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ini, saya jadi rindu pada negara ini.
Nak ke Turki tapi tak nak tengok Hagia Sophia.
--
-khaulah khalid-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment