Penulis : AMALUDDIN MOHD NAPIAH
Penerbit : GALERI ILMU
Harga : RM21.00
Halaman : 207
Apa ada dalam buku ini?
“Mencari kemanisan dalam kehidupan. Mehnah mendatang terasa terbeban. Bawa hatimu kepada Tuhan. Disana menati syurga idaman.”
Cinta itu bermula dari HATI. Andai HATI itu ikhlas, cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Untuk membina cinta itu, HATI perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjanjikan keahagian dunia dan akhirat.
Ini bukan novel! Tapi ini buku untuk manfaat semua, khasnya buat renungan diri sendiri yang sering alpa. Penulis buku ini ialah ustaz yang mengalunkan zikir dalam slot Indahnya Iman~ Astro Oasis. Buku ini mengandungi empat bahagian utama iaitu, Tentang Iman, Tentang Dosa, Tentang Pahala dan Tentang Syurga dan 60 bab yang pendek. Setiap bab akan ada persoalan, nasihat hadis dan ayat Al-Qur’an yang berkaitan.
Ulasan :
Kadangkala selera pembacaan perlu berubah. Dari novel, kadangkala perlu juga disulam dengan buku-buku motivasi dan keagamaan. Maka, saya memilih buku ini sebagai pembacaan ketika masa senggang.
Buku ini banyak persoalan, yang membuatkan saya terfikir panjang mencari jawapan kepada diri sendiri, merenung ke dalam diri dan menilai hati ini.
Bab yang pendek dengan mengetengahkan topik-topik tertentu memudahkan saya memilihnya untuk pembacaan mengingatkan diri saya. As a reminder gitu. Kadang-kadang kesibukan diri dengan urusan pejabat, sosial dan lain-lain lagi atau lebih lebih tepatnya urusan duniawi, selalu buat kita lupa.
Adakah perlu menunggu diri diduga dengan pelbagai cabaran, baru tercari-cari jalan untuk mendekatkan hati dengan TUHAN? Sekali lagi! Peringatan untuk diri sendiri…
Bila diri semakin dewasa, kita sudah jarang mendapat nasihat terus ke telinga, melainkan apabila menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Tetapi buku sebegini, Insya Allah dapat membantu mengubati hati yang tidak begitu stabil. Supaya tidak terus leka dan menjauh dari Allah.
Antara bab yang menjadi pilihan saya:
Bab 16: Jangan Terpisah Dari Allah, Terpinggir Dari Manusia
“Kenapa hatiku rasa sunyi?” “Kenapa aku berasa seperti diriku sangat jauh dari Allah SWT? Semuanya rasa serba tidak kena. Apakah Allah SWT sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal ‘azim.”
Benar sebenar-benarnya. Rasa begitu acapkali menjengah dan menghantui kita, tak kira siapa, dan ianya tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya.
Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan seba musababnya. Dosa dan maksiat menjadikan hubungan kita dengan Allah SWT semakin renggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmatNya.
Bab 30: Jangan Sempitkan Rezeki Dengan Dosa
Pernahkah terfikir dan terlintas di hati kita bahawa dosa yg kita lakukan sama ada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab sempit dan terhalangnya rezeki Allah daripada kita?
Bab 47: Jadilah Orang Yang Panjang Umurnya
Ukuran umur bukan pada panjang dan pendeknya umur fizikal kita, tapi pada bagaimana cara kita mengisi serta memanfaatkannya.
Saranan:
Jadikan lah buku ini sebagai teman.
Adakah hati kita sudah bersedia untuk dibawa kepada TUHAN?
---
Syena Sharuddin
0 comments:
Post a Comment