Tajuk buku : Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis : SYUD
Penerbit : JEMARI SENI
Harga : RM19.00
Halaman : 430
Jalan cerita:
Cerita ini bermula dengan pencarian novel Nyanyian Tanjung Sepi (NTS) oleh Wardah dan Firas. (Ya,memang benar seperti digambarkan oleh Syud, satu ketika dahulu saya juga mengahadapi kesukaran mencari novel ini. Sehingga perlu mendapatkan bantuan dari seorang teman di Johor Bharu untuk mendapatkannya). Novel yang berbaki dua di kedai buku itu telah diborong habis olah FIras. Oleh sebab inilah Wardah telah menunjukkan rasa tidak puas hatinya sehingga menarik perhatian Pacai lalu menggelarkannya sebagai Dorothy. Pada Wardah pula, lelaki berbaju hijau serindit itu (Firas) adalah jelmaan Shrek yang telah menyebabkannya misi mencari NTS itu gagal.
Mereka kembali bertemu apabila Firas memulangkan semula sebuah buku itu dengan bertujuan untuk member peluang kepada Wardah memilikinya. Dia sempat menyelitkan kad namanya di dalam buku tersebut dengan harapan si Dorothoy nya akan terbuka hati untuk menghubunginya. Firas juga tinggal di kawasan kediaman yang sama dengan kawan baik Wardah, Nik. Firas telah membelanja mereka makan tanpa pengetahuan mereka. Nik pula, dengan selamba telah meninggalkan nombor telefon Wardah kepada cashier kedai makan tersebut sebagai satu cara untuk berterima kasih kepada pembayar yang bermurah hati itu. Akhirnya Firas berjaya memperolehi nombor telefon si Dorothy nya.
Wardah menawarkan Firas untuk berlakon menjadi boyfriend nya. Mereka mula bertukar-tukar makulumat diri untuk saling mengenali bagi memastikan rancangan mereka berjaya. Ada beberapa siri pertemuan di antara mereka. Dan akhirnya, keduanya betul-betul telah jatuh hati.
Ulasan :
Tidak perlu mencoret panjang mengenai novel ini kerana ia adalah antara novel paling banyak diulas di kalangan ‘geng lomba baca’. Bila ramai yang membuat ulasan, maka novel ini pasti ada ‘sesuatu’ yang menarik. Saya membeli novel ini atas faktor tersebut.
Saya hanya pernah membaca tiga karya Syud, iaitu Teja Untuk Aulia, Pelangi dan Langit… Tetap Biru. Secara umumnya, jalan cerita ini adalah jalan cerita biasa. Menyamar atau berlakon menjadi pasangan dan seterusnya jatuh hati. Maka, apakah kelainan yang dijanjikan oleh Syud dalam novelnya kali ini?
Seperti biasa, watak dalam cerita-cerita Syud mesti ada seorang yang latar belakangnya berkenaan dengan perkomputeran dan lokasi penceritaan novel biasanya di Johor Bharu. Bezanya, pada novel kali ini, Johor Bharu bukanlah lokasi utama, cuma diselitkan sebagai kampung Wardah.
Apa yang saya suka mengenai karya Syud ialah jalan cerita sangat dekat dengan pembaca. Tidak perlu menggambarkan wataknya dengan seorang yang sangat kacak,sangat cantik atau sangat kaya, atau sangat apa-apa. Hanya watak biasa-biasa sahaja, tapi novel ini berjaya diadun dengan baik dan begitu segar di hati saya.
Insiden-insiden yang berlaku dalam novel ini ada macam-macam rasa.
Ada rasa cuak, kalau ada mak macam mama Wardah yang ada percubaan untuk menjodohkan anaknya dengan seseorang.
Ada rasa geram bila tengok buku yang susah nak cari tu diborong oleh seseorang di depan mata sendiri. Cukuplah beli satu novel je, bagilah peluang orang lain nak beli juga!
Ada rasa bahagia sebab punya ahli keluarga dan kawan-kawan yang sangat ambil berat pasal diri kita! Siap boleh tolong carikan nombor telefon tu
Ada rasa sesal bila sudah terlepas kata yang bukan-bukan pada orang yang kita ada rasa sayang.
Ada rasa debar bila Wardah dengar berita kemalangan dan panggilannya pada Firas tidak berjaya ditembusi. Sudahlah terlepas cakap, kemudian orang tersebut masuk hospital. Tidakkah ada rasa sesal, debar dan bersalah? Aduhai…
Ada rasa manis bila part Wardah baca kad kiriman pada hadiah Firas. Sungguh comel ayat-ayat disclaimer itu
Dan lain-lain rasa lagi, hanay akan terungkap bila anda habis menbaca novel ini
Oh ya, dalam novel ini juga ada cerita mengenai perkahwinan Aulia dan Adil. Sudah pasti ini adalah pengakhiran kisah cinta dari novel Teja Aulia. Itu sudah pasti kerana bukankah Firas itu adalah rakan serumah Aidil. Kiranya novel ini ada hubungkaitnya dengan Teja Aulia. Tetapi jangan risau, sekiranya, anda masih belum membaca Teja Aulia, tidak semestinya anda akan lost dalam Baju Melayu Hijau Serindit, kerana perkaitannya adalah pada watak sahaja, bukannya sambungan novel tersebut.
Petikan ayat yang saya suka:
“Mungkin aku tak suka dia. Aku cuma rasa lain macam kalau dia tak ada.”
Oops! Pada saya, kalau tak suka kenapa pula perlu ada rasa lain macam ye? (~.~)V
……
Syena Sharuddin
Jul 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment