Jul 4, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : [10] Jodoh Atau Cinta


sinopsis kulit belakang

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

.............................................

" saya ni badut yang hanya tahu menangis" itu kata-kata Iman pada Danish saat mereka hampir disatukan hanya kerana arahan datuk Danish. Kata-kata itu luahan hati Iman namun siapa sangka telah menarik hati Danish. Walaupun perkahwinan mereka hanya perkahwinan paksa yang disertakan syarat-syarat, hati Danish dari awal sudah dicuri Iman. Namun kerana ego, rasa itu dia tanam dalam-dalam.

Selepas perkahwinan, mereka membawa diri, mengikut jalan sendiri. Bertahun-tahun Iman hidup tidak bersuami. Hinggalah satu kecelakaan berlaku yang mengakibatkan kematian datuk dan abang ipar Danish dan juga menyebabkan kecederaan pada bapa Danish. Di saat itu Iman menjadi tulang belakang buat keluarga Danish, memberi kasih sayang dan menghulurkan bantuan. Danish hanya melihat dan membantu dari jauh, dan dari jauh sekali lagi Danish jatuh cinta pada Iman. Kepulangan Danish amat dinanti-nantikan Iman namun hampa.

Akhirnya Iman berkeputusan, berjumpa dengan Danish untuk membawa Danish pulang ke pangkuan keluarga. Sangka Iman, dialah penyebab Danish tidak ingin pulang. Lalu dia membuat janji

"Apa kata saya berjanji kalau awak balik saya akan lakukan apa saja yang awak nak saya buat. Malah saya sanggup keluar dari keluarga awak, jauh dari kehidupan awak.."
Itu janji Iman yang tanpa dia sangka mengecewakan Danish.

Danish yakin sesuatu perlu dilakukan, Iman ternyata sudah jauh beubah. Lalu Danish berusaha sedaya upaya mengambil hati Iman.

Di saat kasih sudah bersemi, menara kasih sudah dibina, dugaan demi dugaan menimpa. Cinta sudah ada namun jodoh seolah-olah bukan lagi milik mereka. mampukan mereka menempuh segala dugaan dan akhirnya bahagia?

komen ainsabrina :

Saya ikut novel ni sejak dari belum dicetak lagi di laman web ini. Nak tahu pengakhirannya, terpaksa la beli novelnya kan. ^^
Pada pendapat saya jalan cerita novel ni sangat complicated, ada sahaja dugaan yang menimpa Iman dan Danish. Disebabkan itu, cerita ni lain daripada yang lain. Bagi saya, baca novel adalah untuk hiburan tetapi bila dah terlalu banyak dugaan, tensen juga dibuatnya. overall, jalan cerita ok dan watak-wataknya pun saya suka. Suka watak Iman yang tabah dan watak Danish yang romantik.

---
Ain Sabrina

0 comments: