Jul 12, 2011
SS: Cabaran 50 Buku : (1) Doktor Cinta
Tajuk buku : DOKTOR CINTA
Penulis : DYADILA
Penerbit : KAKI NOVEL ENTERPRISE
Harga : RM26
Halaman : 823
Jalan Cerita :
Kerana aku doktor cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata…
Di dalam novel ini pembaca akan dipertemukan dengan watak-watak utamanya iaitu Mazliana Haji Nordin, anak bongsu dari tiga adik beradik dan Tengku Iskandar a.k.a bos besar, seorang anak tunggal. Selain itu, ada watak Syamin (rakan baik Maz yang bekerja di syarikat Tengku Iskandar) dan juga Zikri Alif a.k.a bos (rakan baik merangkap adik beradik angkat Tengku Iskandar).
Maz diupah oleh Tengku Iskandar untuk menjadi calon isterinya. Idea ini diusulkan oleh Zikri setelah mereka beberapa kali terserempak dengan Maz dalam beberapa insiden apabila Maz menyamar menjadi seorang doktor dan makcik. Penyamaran Maz sebagai calon isteri bermula dengan pertemuan dengan ibubapa Tengku Iskandar. Pertemuan pertama itu berjaya memikat hati mereka untuk menghantar rombongan meminang dan seterusnya diikat dengan tali pertunangan. Dalam tempoh ini, mereka terpaksa berlakon seperti seorang pasangan bahagia sehingga akhirnya membuahkan rasa cinta Maz pada Tengku Iskandar. Zikri juga menyintai Maz dalam diam.
Pergolakan bermula apabila kemunculan cinta pertama Tengku Iskandar iaitu Juliana Hana yang ingin merebut kembali cintanya. Pelbagai rancangan dilakukan oleh Juliana untuk memisahkan mereka sehinggalah penyamaran terbongkar dan menyebabkan ahli keluarga Maz hilang kepercayaan kepadanya. Ibu bapa Maz meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa hari selepas itu.
Maz pergi membawa diri dan berjumpa dengan Hadi. Dalam masa yang sama, Maz sering dititipkan dengan kata-kata semangat pada kad dari Doktor Cinta.
Siapakah gerangan Doktor Cinta? Tengku Iskandar @ Zikri @ Hadi?
Ulasan :
Dalam novel ini, saya suka watak Maz yang gila-gila, suka menyakat dan manja dengan keluarganya. Saya juga ada rasa sedih sedih bila sampai bahagian dugaan yang menimpa-nimpa berlaku pada Maz ketika dibuang keluarga sehinggalah kehilangan ibu bapa.
Novel ini menggambar hubungan kekeluargaan yang baik dan hubungan kawan-kawan yang sangat akrab. Timbul rasa syukur, saya juga ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sangat best. I love you ALL!
Petikan ayat yang saya suka:
“Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.”
Saranan:
Pada yang berminat membaca novel yang panjang, novel ini antara pilihan yang ada.
---
Syena Sharuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
dah baca novel nie.. ayang bagi 5 bintang.. memang berbaloi-baloiii membeli dan buat koleksi...
Post a Comment