Jul 8, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (53) Maaf, Saya Bukan Bibik


Maaf, Saya Bukan Bibik
Penulis: Nashmin
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
Terbitan Jemari Seni Adiwarna
RM17.00
Sabah/Sarawak RM19.00
9789670201108
340 mukasurat


"Bencilah pada mat ni..."


Kisah seorang Suhana, pelajar cemerlang PMR yang terlalu yakin pada diri sendiri. Gagal dalam bahasa Melayu SPM telah membuat dia sedar yang dia telah alpa, tenggelam dalam dunia sendiri yang penuh kebanggaan. Kegagalan itu bukan saja membuat dia kecewa malah turut menanggung malu kerana dia merupakan kebanggaan sekolah malah jiran tertangga turut tertunggu-tunggu keputusan peperiksaannya. Mereka percaya Suhana, anak sulung Timah, pasti akan menjejakkan kaki ke menara gading. Mana nak sorok muka? Ibunya seorang ibu tunggal yang mengambil upah menjahit pakaian. Rasa bersalahnya semakin menggunung, lalu dia nekad membuat keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah nun di Selama, suatu tempat yang jauh dari Kuala Lumpur. Dapatlah dia mengumpul wang itu mengambil semula SPM dan menebus kesilapan lalu.


Makcik Hasnah mencari teman berbicara, rakan berkongsi rasa. Kehadiran Suhana amat menggembirakan hatinya tetapi anaknya Zaki, memandang Suhana dengan penuh prasangka. Sikap orang gaji yang digajinya sebelum ini membuat dia sangat berhati-hati dan sangat tegas dengan Suhana. Suasana kampung yang damai merawat gundah di hati Suhana walaupun kadang-kadang kedamaian itu dibikin ribut oleh Encik Zaki.


Sokongan padu dari makcik Hasnah, yang kini dipanggil emak, membuat Suhana bersemangat untuk menempuh SPM semula, tapi bahunya runtuh sedikit sebab guru bahasa Melayunya adalah ENCIK ZAKI. Mamat tu cikgu BM rupanya. hua hua hua. Jenohlah kena buli :)


Novel ini elok dibaca oleh pelajar-pelajar SPM. Lihatlah kesungguhan Suhana demi mendapatkan keputusan SPM yang baik. Ada juga tip-tip untuk menghasilkan karangan SPM yang berkualiti dari Cikgu Zaki yang suka letak pangkah besar di kertas karangan orang :)


Kehadiran Suhana tidak disenangi Julia, tunangan Zaki. Dia menjadikan Suhana sebagai alasan untuk memutuskan pertunangan sedangkan dia sendiri keluar dengan lelaki lain tetapi cuba menutup kenyataan itu dari pengetahuan keluarganya. Separuh cerita ini diceritakan dari sudut pandangan Suhana dan separuh terakhir adalah dari sudut pandangan Zaki. Gaya penceritaan yang sama kadang-kadang buat aku lupa aku sedang baca dari sudut pandangan Zaki, bukannya Suhana.

Usik-usik membawa bahagia? hmmm memang ada hati yang terusik dan ada orang nak kena pinang :)


Halo? Selama bukan tempat jin bertendang ya? kalau tempat jin bertendang, akulah antara orang yang terawal kena tendang dengan jin. Halamak, lamanya tak balik ke tempat kelahiran... *mode nostalgia* climbed my first tree, swam my first river, cracked my first bone, broke my first bone, had my first crush...


sure fine whatever
rinn

0 comments: