Tajuk Buku : Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran
Penulis : Mohd Jamal Bin Haji Wan Mat Saman
Terbitan : WJSB Resources
Muka Surat : 130
Ulasan
Buku terbitan WJSB Resources banyak memberi peringatan dan pengajaran kepada pembaca terhadap kehidupan seharian. Buku ini banyak memaparkan kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan Para Sahabatnya yang dipetik dari hadith-hadith dan al-Quran. Selain kisah-kisah pengajaran ini, penulis juga menyediakan doa-doa yang diambil dari ayat-ayat Quran serta Hadith-hadith Nabi Rasullah s.a.w. Doa-doa yang disediakan sangat sesuai diamalkan oleh pembaca untuk kesejahteraan hidup. Buku ini sangat sesuai untuk semua peringkat masyarakat kerana banyak pengajaran yang dapat di ambil dari buku ini.
Sinopsis Belakang Buku
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca.
Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.
Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
Umat Islam mesti merenung bukan termenung.
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti.
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti.
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki.
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik.
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan.
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat.
Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Ijtima' dan Ijtihad, kelak kita terselamat dunia dan akhirat.
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment