Jul 22, 2011
AMAL : Cabaran 50 Buku : (11) Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah
Tajuk Buku : Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah
Penulis : Zurida Halid
Terbitan : Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd
Muka Surat : 59
Ulasan Buku
Buku ‘Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah’ ini mengandungi 99 nama-nama Allah atau lebih dikenali dengan nama ‘asma-ul husna’ beserta kelebihan-kelebihan bagi setiap nama Allah tersebut. Nama-nama Allah ini banyak kelebihannya bagi siapa sahaja yang mengamalkannya. Selain 99 nama Allah, penulis ini juga menyediakan doa-doa lain yang boleh diamalkan oleh pembaca untuk merawati penyakit dan ketenangan diri. Buku ‘Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah’ dapat menambahkan ilmu dan amalan harian bagi pembaca.
Buku terbitan Goal Intelligent Publishing Sdn Bhd ini sangat berguna dan mudah dibaca di mana sahaja memandangkan saiznya yang sederhana dan nipis. Selain itu, susunannya sangat tersusun, serta pembahagian setiap nama-nama Allah itu memudahkan pembaca untuk membaca. Nama-Nama Allah yang dipaparkan dalam ‘Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah’ di tulis dalam tulisan arab dan rumi beserta maksudnya bagi memudahkan pembaca untuk memahaminya dan diikuti dengan kelebihan nama-nama Allah tersebut.
Nama-nama Allah mempunyai cahaya dan mengandungi aura tersendiri. Pembaca boleh jadikannya sebagai amalan harian atau zikir harian bagi mendapatkan ketenangan dan menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. “Zikir Pencuci dan Penenang Hati” itulah kelebihan amalkan zikir. Setiap manusia tidak akan lari dari membuat dosa dan ujian Tuhan. Selain meminta ampun dari Allah, kita boleh amalkan zikir bagi mencuci hati dan menenangkan hati bagi mereka yang selalu mengalami tekanan. Banyak lagi kelebihan zikir yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Nama Allah Pilihan 1
المغني (Al-Mughnii)
Yang Maha Memberi Kekayaan
Kekayaan sari segi batin atau kebendaan akan diberikan sekiranya seseorang itu berselawat sebanyak 11 kali sebelum atau selepas menyebut Nama Al-Mughnii sebanyak 1111 kali. Surah muzammil juga harus dibaca sejurus selepas itu. Semua ini boleh dilakukan selepas menunaikan solat Subuh ataupun Isyak.
Nama Allah Pilihan 2
المتكبر (Al-Mutakabbir)
Yang Maha Besar Kemegahannya
Sesiapa yang berterusan menyebut Nama Al-Mutakabbir ini akan dikurniakan kehormatan dan maruah diri. Sesiapa yang menyebutnya sebelum berhadapan dengan sebarang tugasan, maka beliau mampu menyempurnakan tugasan tersebut dengan baik. Insya-Allah.
Doa Pilihan
Apabila Berasa Tidak Mampu Atau Kecewa
Sekiranya seseorang itu berasa tidak mampu atau kecewa terhadap sesuatu, dan ingin memperbaharui tenaganya, maka sebelum seseorang itu masuk tidur, hendaklah beliau menyebut (Subhanallah) 13 kali, (Alhamdulillah) 33 kali, dan (Allahuakbar) 34 kali
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment