Jul 12, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (53) Doktor Cinta

Penulis: Dyadilla
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN978-967-5067-67-9
Harga: RM26.00 / RM29.00
M/S: 833
Cetakan 3 – April 2011

Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata…


Blurb:

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepad 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda….

Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana: Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii… tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?


Sudut pandang Kak Chik:

Ramai kenalan yang mencadangkan Doktor Cinta kepada Kak Chik apabila Kak Chik bertanya novel apa yang menarik untuk dibaca. Namun selepas hampir tiga bulan Doktor Cinta dalam simpanan, baru Kak Chik ada kesempatan untuk membacanya. Mungkin pada sesetengah orang karya ini mempunyai magikanya sendiri tetapi maaf, pada Kak Chik yang terlalu tipikal didedahkan dengan kisah cinta yang serius, jadi kisah romantic komedi bukanlah satu genre yang mampu mengikat kemahuan Kak Chik. Kak Chik kadangkala sedikit terleka dari landasan ketika membaca karya ini kerana penggunaan perkataan yang terlalu sempoi untuk menggambarkan kisah komedi itu sendiri yang kadangkala sukar otak Kak Chik untuk mencernanya.

Namun begitu pada Kak Chik, penulis telah menulis dengan plot yang menarik dari satu kisah kepada kisah yang seterusnya sehingga kita tidak terduga begitu kisah yang bakal terjadi. Selain itu, cara penulis menggarap watak Mazliana juga cukup teliti walaupun kadangkala Kak Chik rasa sakit hati dengan keselambaan Mazliana dalam menghadapi sesuatu kejadiaan dalam hidupnya. Kadangkala watak Mazliana itu sendiri bagaikan terlalu ‘suci’ dengan watak luaran yang kasar sehingga menipu mereka yang tidak melihatnya dengan mata hati. Selain itu jalan yang dipilih Mazliana selepas kejadian aib juga digarap penulis sebagai sesuatu yang memberi ruang kepada mereka yang terlibat untuk melihat kebaikannya .

Watak Tengku Iskandar adalah watak tipikal yang selalu dijelmakan dalam novel-novel cinta. Kaya, kacak, berkerjaya dan menjadi buruan wanita-wanita cantik. Namun begitu diabukanlah watak hero yang sentiasa gagah pada mata Kak Chik kerana penulis tidak mengkisahkan kenapa Tengku Iskandar dengan senang lenang menerima semula kekasih hati yang bertahun meninggalkannya? Bagi Kak Chik Tengku Iskandar bagaikan terkepung dengan ego sendiri apabila dia memilih Julia Hana dan menidakkan kehadiran Mazliana. Namun begitu, Tengku Iskandar telah berubah kepada lelaki matang selepas kehilangan Mazliana dengan tindakan-tindakan yang boleh diterima akal.

Selain itu, watak-watak sampingan juga tidak kurang hebatnya. Antara yang menarik minat Kak Chik adalah Hadi Ridzwan kerana dia bagaikan mempunyai aura untuk dijelajahi. Watak Syamin juga memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan perjalanan karya ini.

Kak Chik mula jatuh hati untuk mengetahui penghabisan kisah ini setelah ¾ mukasurat dibaca kerana kisah selepas itu lebih serius dan sudah kurang unsur komedi dan penggunaan bahasa yang lebih teratur.

Tahniah kepada penulis untuk karya ini, moga karya yang akan datang lebih mantap.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

0 comments: