Jul 9, 2011
FHS :Cabaran 50 Buku : (3) Sekolah Hidup
Tajuk: Sekolah Hidup
Pengarang: Hasidah Disan
Penerbit: UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
Muka surat: 167 muka
Sinopsis belakang novel:
Bahagia - kata yang demikian mujarad-puncaknya bukan di atas takhta menteri. Tuhan Maha Adil mengurniakan bahagia kepada semua yang mengingininya, memburu, menjulangnya- bahagia. Sekolah hidup mengajar Muslina dan Ridhuan dan Rahimah dan Rahilah dan Radiah dan Nora dan Wahid dan Adibah dan Norfauzi dan Juliah dan Roslan dan Siu Land an Kok Fatt dan … dan … dan … mentakrif makna bahagia dalam gelombang ceria dan duka, kasih dan pedih.
Sekolah hidup,tanpa daftar dengan kehadiran wajib bagi insan yang bernyawa, mahu ataupun tidak !
……………………….
Muslina
Gadis desa yang berkulit hitam manis, datang dari sebuah keluarga yang mendidik anak-anak dengan ketegasan dan disiplin. Demi patuh kepada kedua ibubapanya Meli di terima sebagaia tunangannya. Namun ketentuan Ilahi pertunangan itu terputus di tengah jalan. Ridhuan datang meminang dan mereka membina mahligai perkahwinan bersama 3 orang anak angkat.
Ridhuan
Seorang suami yang sangat memahami isi hati seorang isteri. Ridhuan bijak mengambil hati Muslina yang sensitif apabila isu anak di bicarakan. Ridhuan suami yang ‘sporting’, dapat menerima kawan-kawan Muslina dan keluarga mereka sebagai kawannya juga. Biarpun bekerja sendiri beliau tetap mampu memberi wang ringgit dan kasih sayang yang melimpah ruah kepada keluarganya.
Komentar saya:
Pada hemat saya karya Hasidah Disan ini memberi maksud yang sangat mendalam terhadap pembaca. Sebagai insan di atas bumi Allah ini, kita kurang sedar bahawa kita merupakan pelakon dan pelajar. Ya, kita sebenarnya belajar ilmu kehidupan seharian. Pelajaran kehidupan itu mampu mematangkan kita mahupun melemahkan kita.
Novel Sekolah Hidup ini wajib di baca oleh rakan-rakan di luar sana. Hal ini kerana novel ini menerapkan pelbagai nilai murni yang harus di jadikan pedoman. Antaranya ialah nilai persahabatan, sabar, kekeluargaan dan sebagainya.
Nilai persahabatan di tunjukkan oleh Muslina, Nora, Adibah dan Juliah. Bersekolah dan membesar bersama-sama menjadikan mereka begitu rapat seperti adik beradik kandung. Namun mereka tetap perlu berpisah setelah berkahwin dan bekerja. Biarpun begitu mereka sering berbalas surat dan berkongsi rahsia hati.
Aspek sabar juga diketengahkan dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat apabila Muslina masih tidak mempunyai zuriat walau telah berkahwin lama. Biarpun telinga mereka panas dengan asakan soalan dan tohmahan mulut sekeliling, namun mereka tetap bersabar dan bersyukur kerana telah di kurniakan Rahilah, Rahimah dan Radhiah-anak angkat mereka.
Oleh itu, saya syorkan kepada rakan-rakan untuk memiliki naskhah novel ini sebagai koleksi anda. Sesungguhnya dengan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan kita.
Selamat Membaca!
^_^
Farah Hana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment