
Penulis : Dr. Zahazan Mohamed & Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 212
Ulasan dan Komentar

Terjemahan Hadith Pilihan 1
Berakhlak Baik
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad)
Pengajaran: Buatlah perkara yang elok dan perangai yang baik pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.
Terjemahan Hadith Pilihan 2
Kedudukan Paling Buruk
Daripada Aisyah r.ha, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pengajaran: Dalam pergaulan sesama insan, perkara paling utama yang perlu kita jaga ialah percakapan dan perlakuan supaya tiada kebencian daripada orang lain.
---
Nur Amalina
0 comments:
Post a Comment