Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN978-967-5067-65-5
Harga: RM25.00 / RM28.00
M/S: 759
Cetakan 2 – Mac 2011
Cinta datang tanpa disedari…walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati.
Blurb:
Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?
Kak Chik menukil:
Bagi peminat kisah kahwin paksa pasti jatuh cinta dengan karya Alina Haizar. Perkahwinan yang terbina atas dasar terpaksa oleh kedua-dua pihak disebabkan asbab yang berbeza. Nia terpaksa membuat keputusan yang tidak pernah dijangkanya kerana tersepit antara keadaan keluarga dan ibu tercinta selepas Ani, adiknya melarikan diri sebulan sebelum majlis perkahwinan dengan Zaril Ikhwan, cucu orang kaya di Kampung Tambun Tulang, Puan Zainun.
Puan Zainun mahu memastikan kebajikan dan keadaan Zaril Ikhwan terjaga dan tidak disisihkan apabila dia tiada kelak. Puan Zainun telah memastikan hak-hak Zaril Ikhwan tetap terjamin walaupun keadaan Zaril Ikhwan sudah jauh berbeza selepas terlibat dengan kemalangan setahun yang lepas. Sebelum berkahwin, Nia telah diminta untuk menandatangani surat perjanjian pra perkahwinan yang berat sebelah demi memastikan hak-hak Zaril Ikhwan tetap kekal. Nia tiada pilihan kerana tersepit.
Walaupun perkahwinannya dengan Zaril Ikhwan tanpa perasaan cinta dan sayang, Nia tetap berusaha yang terbaik. Nia berusaha untuk menyembuhkan Zaril Ikhwan walaupun dia selalu didera oleh Zaril Ikhwan, mental dan fizikal kerana keadaan Zaril Ikhwan yang sukar dijangka. Keadaan Zaril Ikhwan pula makin teruk selepas perkahwinannya dengan Nia. Puan Hanida terus menyalahkan Puan Zainun kerana rancangan Puan Zainun tidak langsung membantu Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan tertekan kerana terperangkap dengan masalah kesihatan yang dihadapinya serta sikap keluarganya yang tidak pernah mengambil berat.
Berkat usaha Nia, yang bersusah payah untuk melihat Zaril Ikhwan sembuh telah membuka ruang Puan Hanida dan Encik Zahari membawa Zaril Ikhwan berubat ke Paris. Perpisahan antara Nia dan Zaril Ikhwan selama dua bulan itu juga telah menjadi penyebab terpisahnya kasih mereka yang rapuh. Kerana salah faham dan tidak berterus terang, mereka ditinggalkan.
Apakah bumi Turin mampu mengikat kembali kasih mereka selepas empat tahun terpisah tanpa khabar berita? Terlukakah Nia apabila mengetahui Zaril Ikhwan bakal berkahwin dengan Suzanna dalam masa dua bulan lagi? Cemburukah Zaril Ikhwan apabila Nia selalu didampingi oleh Maximo yang kacak dan penuh perhatian itu?
Terbongkarkah rahsia yang dipendam Nia bertahun itu sehingga dia terlalu takut untuk menghubungi orang tersayang di kampung halaman sendiri?
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment