Jul 1, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku : (6) Samudera Indah Nian


Tajuk Buku : Samudera Indah Nian
Penulis : Mazni Darwisya
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 422

Ulasan Novel

Watak Utama ‘Samudera Indah Nian’ ialah Yasmin Nur Raihan dan Amru Iskandar. Novel ini membawa pembaca ke alam tentera laut. Amru Iskandar merupakan seorang leftenan komander. Amru (Am) dan Yasmin (Min) disatukan atas pilihan keluarga. Mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Mereka memulakan perkenalan dan berkawan seawal perkahwinan mereka. Itulah persetujuan antara mereka di malam pertama mereka. mereka akan mulakan perkenalan dan berkawan selama setahun. Mereka bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi perlu menjaga maruah diri sebagai seorang suami dan isteri. Seandainya mereka tidak menemui cinta antara mereka selama tempoh yang ditetapkan, Am akan lepaskan Min.

Awal perkenalan dan tempoh berkawan, mereka sangat serasi. Min, seorang yang ramah dan pandai bergurau mampu membuatkan Am sentiasa tersenyum dan tergelak. Am tidak dapat mengelak untuk jatuh cinta dengn isterinya sendiri. Disaat dia hendak mengecapi bahagia, dia telah ditangkap khalwat dengan Maya Athirah, seorang perempuan yang tergila-gilakannya. Min rela Am menikahi Maya dan mahu dirinya dilepaskan. Am tekad tidak mahu menceraikan Min dan tidak sekali-kali menduakan Min, insan yang berjaya membuka hatinya setelah dia kehilangan Nadia satu ketika dahulu. Kemunculan Fazril, kekasih lama Min membuatkan Am tak senang duduk. Kemesraan Min dan Fazril mengundang cemburu di hatinya.


Komentar

Mazni Darwisya membawa pembaca ke alam dunia TLDM. Kisah cinta selepas berkahwin antara Am dan Min sangat romantik. Di mulakan dengan perkenalan, persahabatan, dan percintaan walaupun hakikatnya mereka sudah bergelar suami isteri. Watak Min, seorang isteri yang peramah, ceria dan taat pada suami menarik hati saya. Tahniah kepada Mazni Darwisya!


Sinopsis

Ibarat setianya Ali pada Fatimah. Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah.

Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.

Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?
Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!

---
Nur Amalina

0 comments: