Jul 12, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (55) Nuansa Kota Merah

Penulis: Khairyn Othman
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-62-3
Harga: RM20.00 / RM23.00
M/S: 511
Cetakan 1 – Jun 2011


Blurb:

Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat rasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!

Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.

Babak 3:
Shuain, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”

Bagaimana mungkin cinta antara benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

*****
KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.

Kak Chik menukil:

Percutian Dina ke bumi Sepanyol bersama Najihah telah menemukan dia dengan Aaron Mauricio yang pada pandangan pertama Dina seorang yang sombong dan sukar dijangka. Kerana Najihah berkeputusan untuk tinggal di Madrid untuk menjaga si buah hatinya, Joaquin yang cedera kerana kemalangan. Dan Dina terpaksa mengikut Aaron ke Granada kerana lelaki itu telah membuat keputusan untuknya.

Kedatangan Dina ke daerah lama Albayzin disambut dengan lelaki dan wanita yang sering mengganggu lena malamnya dengan ucapan, “ Bienvenida a casa, Dina.”

Siapakah lelaki dan wanita itu? Apa yang mereka mahu dari Dina? Apakah kaitannya diri Dina dengan rumah tua di daerah lama Albayzin ini?

Sudut pandang Kak Chik:

Penulis menggarap kisah yang berbeza zaman dan peradaban yang merentasi benua namun tujuannya tetap sama, berjuang ke jalan Allah.

Watak Dina sebagai anak gadis moden yang sudah terlalu jauh tersasar dengan cara hidup Islam yang sudah lama ditinggalkan. Cara penulis menghubungkaitkan antara dua kisah yang berbeza zaman ini adalah melalui mimpi yang dialami Dina. Dan dihubungkan lagi dengan percutian Dina ke bumi Sepanyol yang konon-kononnya untuk mencari ketenangan.

Karya ini memplotkan hampir ¾ jalan ceritanya tentang perjuangan Shuaib dan Salma. Penulis banyak menghuraikan perjuangan-perjuangan yang dilalui Shuaib dan Salma untuk mempertahankan bumi Andalus dan agama suci, Islam daripada dirampas Raja Castille. Pelbagai teknik peperangan dan ilmu peperangan yang dirungkai sehingga Kak Chik bagaikan membaca kisah sejarah perjuangan umat Islam terdahulu untuk mempertahankan agama Islam. Selain itu, diselitkan juga kisah cinta Shuaib-Salma yang meredakan cinta mereka di jalan Allah. Betapa teguh kecintaan mereka pada YANG SATU.

Aaron-Dina pula perlu meneruskan perjuangan tersebut. Walaupun Dina dibesarkan dalam kemodenan yang menenggelamkan kehebatan agama yang suci, Islam namun dia dengan hidayah Allah terbuka hati untuk kembali ke jalan Allah kala mendengar mamanya mendengar Surah Muzammil dari komputer riba.

Perjuangan kita bukanlah seperti umat terdahulu yang terpaksa menghurus senjata demi mempertahan agama dan tanah kelahiran tetapi perjuangan kita adalah untuk terus kekal dalam agama yang suci dan berpegang teguh pada ajaran yang benar menuntut bukan sedikit perjuangan.

Walaupun kadangkala sedikit terganggu dengan perkataan-perkataan yang tidak difahami namun glosari di belakang muka surat belakang dapat membantu tapi kena belek banyak kali juga.

Tahniah pada penulis untuk satu karya yang penuh sejarah!

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

3 comments:

airina said...

Baru perasan yang ini! Aimie dah lengkapkan Cabaran 50 Buku :))
Congrats~~

aimie_afifah said...

Airina...
Terima kasih....
Cik Airina pun sudah perjalanan habis ni...masih ada masa untuk teruskan perjuangan...
go go caiyok....
haja faitie (betul ke eja tu?)

aimie_afifah said...

Eh..kakwan...
saya tersilap eja nama kak KHAIRYN la...
maaf kak KHAIRYN OTHMAN...tertinggal huruf N kat nama akak....