Jul 25, 2011
KK: Cabaran 50 buku: (19) Langsir Biji Remia
Tajuk: Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
Muka surat: 263 halaman
ISBN: 978-967-0201-13-9
Harga: RM 17 (Sem M’sia) / RM 19 (S&S)
Kata Kulit Buku:
Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
* * * *
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).
Kata KK:
Buku ini saya beli di Pesta Buku 2011 tetapi saya mula membacanya setelah dihadiahkan untuk ulasan terbaik bulan April. Walaupun sibuk dengan kerja sekolah, saya curi baca buku ini dan LBR ini adalah buku pertama saya baca dari koleksi Si Manis 17.
Lihat kulit depan saja buat saya jatuh cinta. Yalah, warna ungu adalah warna kesukaan saya. Terima kasih kepada Kak Wan untuk hadiah ini. Sungguh saya senang dengan membaca kisah Duha dengan Umair. Jalan ceritanya menarik walaupun akhirnya Duha dilamar oleh anak seorang kenalan ayahnya ketika menunaikan umrah. Kak Noor Suraya Berjaya mengambil hati saya kembali dengan Muhsin walaupun telah dipatahkan dengan tidak menjadinya hubungan Duha dengan Umair.
Kisah Duha dengan Umair yang berbual melalui jendela bilik masing-masing mengingatkan saya tentang video klip lagu Taylor Swift iaitu ‘You Belonged with Me’. Ia bukanlah satu isu yang besar tetapi Kak Noor Suraya telah mengangkat idea tentang kejiranan iaitu Duha dan Amar masih boleh berbual mesra walaupun mereka berpisah beberapa tahun dan telah meningkat dewasa. Di hujung cerita, anak-anak Duha dan Umair juga mengikut jejak langkah mereka iaitu berbual di jendela rumah masing-masing.
---
Khaulah Khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment