Jul 18, 2011
FZ : Cabaran 50 buku : (1) Sweet Sour
Tajuk buku : Sweet Sour
Penulis : Nasz
Keluaran : Jemari Seni Publishing
Halaman : 570 m/s
Sinopsis (Kulit Belakang)
A - Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
"Kita orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah".
"Sepuluh ringgit tu". Sungguh-sungguh dia cakap
"Berkira... baru sepuluh dan kecoh... bukannya seribu pun.. Aku jeling dia
"Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik". Dia hulur tangan kiri.
B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
"Bayar cincin ni". Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni
"What?" aku terjerit di situ
"Pay for this", Relaks aje dia mengarah aku lagi
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.
Dari kaca mataku:
Saya sangat suka akan novel ini! Hanya melihat sinopsis kulit belakang berjaya membuat saya membeli novel ini tanpa ragu-ragu. Masuk ini sudah 3 kali saya membaca novel ini. Jalan cerita yang santai membuatkan saya tertarik untuk membacanya berulang-ulang kali tanpa jemu. Bahasa yang sempoi membuatkan saya berasa dekat dengan watak-watak tersebut. Syabas Nasz. Anda telah menjadi antara salah satu daripada penulis pilihan saya.
Jalan ceritanya berkisarkan kisah cinta tiga segi antara Akma(Lia), Azarul Hisyam (Zarul) dan Faizul Hakimi(Joe). Lia pada mulanya yang bercinta dengan Zarul; kecewa kerana Zarul akhirnya memilih Suraya (Su) untuk dijadikan isterinya. Joe, abang kepada Zarul yang dalam diam-diam menyintai Lia segera bertindak untuk berkahwin dengan Lia. Lia terus bersetuju dengan cadangan Joe itu tanpa berfikir panjang. Namun begitu, Lia dan Zarul sebenarnya masih tidak dapat melupakan cinta mereka walaupun sudah berkahwin dengan orang lain lalu mereka membuat keputusan untuk menyambung percintaan mereka tanpa pengetahuan Joe dan Suraya. Walau bagaimanapun, rupa-rupanya, tindakan Zarul untuk tidak mengahwini Lia mempunyai sebab yang tersendiri yang mempunyai kaitan dengan Joe. Apakah sebab itu? Adakah Lia meneruskan perkahwinan tanpa cinta bersama Joe atau dalam diam cinta kepada Joe mula berputik?Bacalah novel ini untuk mengetahui kesudahannya.
Pada pendapat saya, kebanyakan adegan Lia bersama Joe dalam novel ini sangat menarik dan kadang kala membuatkan saya tergelak seorang diri. Watak Joe yang bersahaja dan romantis mencuri hati saya. Teringat masa Joe meminta Lia supaya membayar cincin perkahwinan Tifany and Co. mereka yang berharga RM10k itu. Kalau saya di tempat Lia, mahu pengsan mendengar permintaan Joe yang pelik tu. ^-^ Namun begitu, kelakuan Lia yang masih berhubung dengan Zarul kadang kala menyebabkan saya geram dengan Lia. Tapi, siapa dapat melupakan cinta pertama, kan? Yang penting, cerita ini berkesudahan baik. Saya suka ‘happy ending’. Memang cerita ini ada masam dan manisnya seperti judul novel ini. Sesungguhnya, hidup pasti ada masam dan manisnya.
-fisya zulkefli-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment