Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis: Dzie Tyea
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama 2010
Kepekaan saya:
Sesuci kasih seorang isteri mengisahkan kehidupan berpoligami. Kisah Zikri yang mengahwini Alishah atas dasar pilihan ibunya dan Zikri juga telah menyukai Alishah dan dapat menerima Alishah sepenuh hatinya. Zikri juga telah mengahwini Sofea atas dasar ingin menolong abang, darah dagingnya sendiri. Maknanya perkahwinan Zikri dengan isteri keduanya, Sofea, atas dasar paksaan.
Zikri merasa sangat bersalah pada isteri pertamanya, Alishah kerana terpaksa menduakannya. Zikri juga tersepit di dalam situasi yang agak rumit yang menyebabkan dia terpaksa menerima segala arahan abangnya untuk mengahwini Sofea.
Zikri terpaksa berkorban masa dan tenaganya untuk menolong abangnya yang berada dalam kesusahan apabila terlibat dengan samseng-samseng di negara Turki. Abangnya terlibat dengan peminjam wang, juga menjadi mangsa ancaman ganas pihak yang meminjamkan wang tersebut. Keselematan abangnya dan keluarga abangnya sentiasa terancam selagi Zikri tidak menerima Sofea sebagai isterinya. Demi menyelamatkan keluarga abangnya, terpaksalah Zikri menerima Sofea menjadi isteri keduanya.
Zikri juga terpaksa menyembunyikan perkahwinan keduanya dari pengetahuan Alishah kerana Zikri tidak mahu mengecewakan dan melukakan hati isteri kesayangannya. Sememangnya, Alishah tidak pernah tahu akan kewujudan Sofea antara kehidupannya dengan Zikri.
Ayah kepada Sofea, seorang samseng yang hebat, yang mempunyai kekuasaan dalam kancah dunia gelap membiarkan sahaja, anak kesayangannya menjadi isteri kedua kepada Zikri. Tidak tahu apakah motif sebenar yang hendak di lakukan oleh Khaleed Mashur itu terhadap Zikri.
Khaleed Mashur juga menggunakan kekerasan terhadap Zikri supaya Zikri dapat menerima dan melayan Sofea sebagai seorang isteri yang sewajarnya. Khaleed Mashur telah menculik dan menyiksa anak saudara Zikri semata-mata mahukan Zikri memberi layanan yang sebaik mungkin kepada anaknya Sofea. Khaleed Mashur lelaki Turki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk perniagaan haramnya.
Hidup Zikri sedikit kucar –kacir disebabkan oleh perbuatan Khaleed Mashur. Abangnya juga menyebabkan Zikri geram kerana abangnya banyak melakukan kerja kegiatan haram di Turki. Zikri pula menyangka abangnya telah berjaya dalam perniagaan yang elok tetapi sebaliknya. Zikri lah mangsa di dalam menyelesaikan masalah antara abangnya dengan Khaleed Mashur.
Zikri terpaksa memikul tanggungjawab untuk kedua-dua isterinya. Zikri terpaksa berlaku adil dalam semua perkara.
Sesuci kasih seorang isteri merungkaikan isu yang amat berat. Inilah kali pertama saya membaca kisah hidup rumahtangga yang berpoligami. Satu kelainan yang sukar digambarkan setelah saya habiskan novel ini. Sememangnya, amat berat tanggungjawab yang terpaksa di pikul oleh Zikri. Tanggungjawab seorang adik dan suami kepada 2 isteri. Tanggungjawab untuk menjaga hati kedua-dua isteri.
Banyak sekali pengajaran yang terdapat di dalam novel ini. Salah satu yang paling utama ialah, jangan sesekali kita melakukan kegiatan haram untuk meyara ahli keluarga kita, lambat laung, benda yang haram itu akan memakan diri kita sendiri. Juga, jangan libatkan diri dengan peminjam wang haram, kerana, hidup tidak akan tenteram dengan pelbagai ancaman yang dilakukan oleh pihak peminjam haram tersebut. Terlalu banyak contoh tauladan yang elok didalam Sesuci kasih seorang isteri ini.
---
Noor Hekmat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment