KOPI SUSU SEPATU BIRU
Penulis : Ruby Hazri
Halaman : 565
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2007
Cetakan 2 & 3 - 2008
Secara ringkas :
Mengisahkan tentang Emy dan Mat yang hidup berjiran tetapi tak macam jiran! Ada sahaja yang mereka hendak gaduhkan… Bagi Emy jiran sebelah rumahnya tu tak perlu berbahasa dengannya sebab bukan dia tau berbahasa pun. Sama jugak dengan Mat bagi dia tak perlu bagi muka sangat dengan jiran sebelah tu!
Peperangan mereka berlanjutan melalui beberapa inside. Mat yang suka memarkir keretanya melebihi kawasan sehingga termasuk ke kawasan Emy membuatkan Emy marah sampaikan satu tahap Emy dengan teman serumahnya sanggup mengeluar tenaga menolak kereta Mat yang besar tu!
Kucing Mat, Bobo selalu jadikan kawasan rumah Emy sebagai ‘tandasnya’ salah satu sebab tercetusnya pergaduhan mereka. Sudahlah selalu membuang di kawasan rumahnya kemudian selalu mengemis mintak makanan di rumahnya pula! Manalah Emy tak bengang. Sampai satu tahap Emy geram sangat, kasut tinggi jenama Jukeboxnya melayang ke kepala Mat dibuatnya.
Tak terhenti di situ sahaja, Mat pula sanggup bersusah payah menggantung kasut tinggi jukebox tu di tiang elektrik! Untuk sakitkan hati Emy. Episod bergaduh mereka terus berlanjutan, sehinggalah satu hari tiba-tiba semuanya berubah 360 darjah! Musuh seteru berbaik? Mungkinkah terjadi…
Kata orang benci itu biarlah berpada-pada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang jiran sepakat membawa berkat!
Komen saya :
Kopi Susu Sepatu Biru novel pertama terbitan Jemari Seni yang saya beli. Lepas saya baca novel KSSB nie terus saya jatuh hati dengan novel keluaran Jemari Seni, bukan setakat jatuh ja dah terus melekat pun! Hehe. Kuat tak kuatnya penangan KSSB dekat saya sampai lepas baca KSSB terus saya cari buku Jemari Seni yang lain. Senang cakap KSSB nie lah yang buka mata saya tentang novel Jemari Seni. =)
Romantik komedi yang sangat menarik ya. Sekali dah mula baca payah nak letak balik sebab kita akan teruja nak tau apa jadi dekat Mat dengan Emy seterusnya. Selalunya bila kita baca kisah kejiranan yang selalu bergaduh nie mesti orang yang dah berkeluarga tapi kali nie dalam KSSB teruna dan dara yang berjiran, dekat point situ pun dah menarik minat kita nak baca KSSB nie.
Bahasa yang penulis guna pun bagi saya sangat santai dan simple tak terlalu berbunga-bunga , jiwang tahap karat… sangat cool senang cakap. Kemudian, ada banyak part yang buat kita boleh tersengih sorang-sorang bila baca. Dah nama pun romantik komedi kan? part lawak tu memang banyaklah. Hehe. *tengah tulis review pun boleh tersenyum balik teringat cerita KSSB nie… =) Part Emy dengan Mat bergaduhlah yang saya rasa lawak. Ada ja idea nak pekena hidup masing-masing Emy dengan Mat tu. Part mereka bergaduh yang paling saya suka masa Emy dengan teman serumahnya gigih menolak kereta Mat siap pakai kasut tumit tinggi lagi sampai melecet kaki mereka. Adoi, macam-macam…
Bagi yang belum baca cerita nie jangan terlalu cepat buat tekaan, memang sesetengah part kita boleh agak jadi apa. Tapi! Tapi… KSSB ada ja adegan yang kita tak duga akan terjadi dan boleh jadi. Adegan apa la tu… Ha, suspen kan? Sebab tu saya cakap KSSB nie menarik. KSSB bukan berkisar cinta semata-mata, nilai kejiranan dengan keluarga pun penulis selitkan jugak. =)
Dulu tertanya-tanya jugak kenapa cover novel nie gambar budak lelaki dengan perempuan sedangkan cerita dia mengenai orang dewasa? tapi lama-lama saya buat andaian sendiri agaknya sebab Emy dengan Mat tu macam budak-budak sebab suka bergaduh… tu pasal cover letak gambar budak-budak. Hehe. Suka-suka hati ja buat andaian.
Apa-apa pun, walaupun lari jauh dari genre Percayalah… tapi KSSB memang best! =)
XX Quotes : Sangat-sangat disyorkan baca novel nie, berani jamin tak rugi. =)
Dec 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment