Tajuk Buku : Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah.
Penulis : Muhammad Rusli Amin
Terbitan : PTS Millenia Sdn. Bhd.
Muka Surat : 171
Ulasan
Buku ini banyak memaparkan kajian-kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tentang solat dan hubungannya yang rapat dengan motivasi untuk Berjaya dalam kehidupan. Selain itu, penulis ada menyelitkan sedikit sebanyak kisah-kisah bagaimana solat dapat membuatkan seseorang itu berjaya. Rahsia solat sangat luas, bukan hanya untuk rohani sahaja tetapi jasmani juga memerlukan solat sebagai senaman dan kesihatan badan. Penulis ingin berkongsi ilmu dengan pembaca agar pembaca dapat membuka minda dan fikiran mengenai rahsia disebalik ibadah yang sering dilakukan oleh setiap orang Muslim sekurang-kurangnya lima kali sehari.
Buku terbitan PTS Millenis Sdn. Bdn ini juga menjelaskan kepentingan bersolat untuk kesihatan, kejayaan dan dalaman iaitu kerohanian. Setelah saya selesai membaca buku ini, saya dapat banyak ilmu baru yang selama ini saya tidak terfikir pun mengenainya. Ilmu-ilmu yang dikongsi oleh penulis iaitu Muhammad Rusli Amin mudah diterima dan difahami kerana kebanyakan ilmu-ilmu dan kajian-kajian yang dipaparkan adalah logik dan mudah difahami.
Saya sarankan kepada semua, agar bacalah buku ini untuk menambahkan ilmu disamping meningkatkan semangat untuk bersolat kerana seseorang akan lebih bersungguh-sungguh melakukan sesuatu apabila mengetahui kelebihan dan kepentingannya.
Petikan Pilihan
Dr. Abu al-Hasan Ali An-Nadwi menulis, “seorang Muslim mesti akrab dengan solat. Seorang Muslim menganggap solat sebagai teman sejati yang membantu mendapatkan jalan keluar ketika kesulitan datang menghimpit
Afzalurrahman menulis, “Solat mengajar tentang disiplin waktu. Dalam sehari, seorang Muslim wajib melaksanakan solat fardhu sebanyak lima kali. Apabila dia mahu mendapat kelebihan solat berjemaah, dia mesti solat tepat pada masanya. Disiplin waktu dalam solat mempunyai pengaruh besar ke atas kehidupannya. Dengannya, dia belajar melakukan setiap kerja ataupun langsung cuai dan tidak melakukannya. Dia melaksanakan tugas dengan baik dan menyelesaikannya tepat pada masanya. Di mana pun dia berada dan dalam keadaan apa sekalipun, dia bekerja keras dan berdisiplin. Masyarakat yang terdiri daripada individu seperti ini layak menjadi masyarakat yang diteladani”
Syeikh Jalal Muhammad Syafi’I menulis, “Gerakan solat mempunyai ciri istimewa yang standing dengan prinsip-prinsip latihan olahraga yang sebenar. Ia berfungsi memelihara portur tubuh supaya tetap ideal. Ia juga melindungi, sekaligus mengubati penyakit ataupun ataupun gangguan yang biasa menjangkiti tubuh manusia. Contohnya, ketika takbiratul ihram, kedua tangan diangkat supaya sejajar dengan bahu, dengan tapak tangan menghadap kiblat dan siku menyamping. Ini menjadikan tulang belikat kembali sejajar dan rata. Dengan demikian, kita melindungi bahu dan belakang daripada bengkok. Apabila ini dilakukan secara rutin dalam solat, maka ia melindungi dan menjadi rawatan yang mencegah badan daripada membengkok”.
Kulit Belakang Buku
Pernahkah saudara terfikir mengapa solat diangkat sebagai tiang agama berbanding ibadah puasa, zakat dan haji?
Apakah keistimewaan solat sehingga Nabi Muhammad mewasiatkannya berulang kali pada saat-saat akhir kewafatan beliau?
Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah menjawab semua persoalan ini. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip kejayaan daripada ibadah solat, sebagai jambatan penghubung di anatara kecemerlangan dunia dan kebahagiaan akhirat. Buku ini memimpin saudara meneropong solat menerusi perspektif berbeza, seterusnya memacu saudara bagi memudayakan prinsip-prinsip kejayaan ini ke dalam semua urusan kehidupan.
Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah adalah solusi terbaik bagi meluruskan kembali penghayatan saudara kepada pengamalan solat sebagai [usat integrasi kecemerlangan hakiki menuju negeri abadi.
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment