Penulis : Ustaz Wahid Haniff dan Ustaz Azrul Ismail
Halaman : 358
Harga : RM 10.00
Terbitan : Telaga Biru
Cetakan 1 - Julai 2011
Secara ringkas :
Buku ini memerihalkan tentang nama-nama bagi Allah SWT yang menjadi lambang sifat-sifat-Nya berlandaskan dalil al-Quran dan hadis-hadis sahih. Buku ini padat dengan kisah-kisah hikmah yang menarik untuk menguatkan lagi pemahaman pembaca tentang nama-nama Allah SWT. Buku ini juga bukan sahaja mampu menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT bahkan menjadi pedoman hidup agar mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
“Jadikan buku kecil ini sebagai teman perjalanan anda atau jadikannya sebagai hadiah kepada ahli keluarga, sahabat handai atau sebagai cenderahati majlis anda.”
Komen saya :
‘Buku Asmaul Husna’ =)
Saya yakin bagi yang beragama islam sejak kecil lagi kita semua di ajar ibu bapa mahupun guru-guru kita untuk menghafal nama-nama ALLAH bukan? Bagi memudahkan lagi kita menghafal nama-nama ALLAH nie siap ada lagu nasyid lagi dicipta supaya lagi senang kita nak hafal. =) Memang berkesan, nasyid tu saya akui sedikit sebanyak membantu kita menghafal tapi macam mana pulak dengan makna-maknanya? Rata-rata orang hanya menghafal tanpa mengetahui maksud dan hikmah disebalik nama-nama ALLAH s.w.t. termasuklah saya yang khilaf nie tak lari dari semua tu… hafal tapi makna? Tak tau.
Dalam buku nie bukan sahaja menjelaskan tentang nama ALLAH s.w.t. tetapi sekali dengan maksud yang diterangkan secara terperinci! Diterangkan setiap maksud nama ALLAH s.w.t. berserta dengan ayat-ayat al-quran yang menjelaskan lagi fahaman kita tentang nama-nama ALLAH s.w.t. nie. selain itu, terdapat juga kisah hikmah bagi setiap nama-nama ALLAH s.w.t. yang boleh kita jadikan sebagai teladan hidup.
Imam Ibnul Qayyim berkata: “Barangsiapa yang mengenal Allah dengan nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan-Nya maka dia pasti akan mencintai-Nya” .
Bila hati dah cinta mesti kita nak lagi mendekati-Nya bukan? =) Semoga kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita dan beroleh manfaat dari ilmu yang kita cari nie. InsyaALLAH.
XX Quotes : Kalau kita boleh berhabis duit beli novel berpuluh ringgit harganya, takkan RM10 pun tak boleh nak korbankan beli buku-buku islamik yang boleh tambah ilmu kita? Tak rugikan… pelaburan yang baik! =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment