Dec 16, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (48) Ingat Janji Kita

Ingat Janji Kita
Murni Aqila
ISBN: 9789831247211
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2011
Halaman: 528
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Nampaknya MA suka bereksperimen dengan watak heroinnya. Dan kali ini dengan membangunkan watak perempuan tomboy. Kiranya MA tak mahu setiap novelnya dihidangkan dengan watak yang stereotaip. Jadi para pembaca pun tak akan mudah muak.

Raimi dan Adi berkenalan di stesen minyak milik makcik Adi. Hubungan mereka bertambah rapat daripada hari ke hari. Lagipun Raimi umpama escapism buat Adi dalam menempuh hidupnya di bawah kawalan makciknya yang garang dan kejam. Adi dilayan seperti hamba abdi, bekerja 24 jam 7 hari seminggu di stesen minyak. Upahnya pun tak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan tetapi Adi tiada jalan lain, makcik itulah satu-satunya saudara yang dia ada.

Perjalanan hubungan Raimi dan Adi berubah 360 darjah apabila Raimi meminta Adi menyamar sebagai teman wanitanya. Walaupun dikatakan kerja gila, Raimi tidak peduli. Dia tak mahu datuknya menjodohkannya dengan gadis yang tidak dikenalinya. Nak tak nak, Adi turutkan permintaan Raimi itu.

Raimi terpesona apabila melihat penampilan Adi yang sopan berbaju kurung. Rentak jantung bagaikan tergendala melihat senyuman Adi. Hai... sudah! Adi kan ‘lelaki’? Raimi menolak perasaan halus yang mula menjalar di kebun hatinya. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan rahsia itu menyebabkan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

Episod seterusnya melihatkan bagaimana dua sahabat ini saling memendam rasa kerana tak mahu dipandang serong kerana saling menyukai. Memang ada kejutan besar buat Raimi. Dan Adi, adakah sinar buat dirinya? Mari kita saksikan perkembangan mereka dalam novel ini.

Mahu lihat ilustrasi menarik tentang Adi dan Raimi? Boleh ke link ini :D

Happy reading (^-<)
Airina

0 comments: