Tajuk : Grrr… Geramnya
Pengarang: Feeza
Terbitan: Jemari Seni
Halaman: 527muka surat
ISBN: 978-967-5118-66-1
Harga: MYR21.00 (Sem’ Msia) MYR 24.00 (S&S)
Kata Kulit Buku:
Senario 1:
“Gaji awak naik berapa?”
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.
“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”
Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari...
“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!
nafsu amarah yang keterlaluan itu sifatnya syaitan
FEEZA berjaya membuat kita ikut rasa geram bersama Ila. Jom Grrr... Geramnya! dan ketawa dengan gelagatnya.
Kata KK:
Hadiah menang ulasan buku yang saya terima bulan ramadhan lepas. Saat-saat menerima bungkusan dan melihat isi dalam, saya sedikit terkilan. Kecewa. Sebab dapat buku ini. langsung, sedikit pun tidak rasa teruja untuk membedah buku ini. apa lagi melihat muka suratnya yang menjangkau 500 halaman. Syukur kerana saya tidak mengeluarkan wang untuk dapatkan buku. Rezeki saya harus terima dengan hati terbuka.
Apa kata saya? Geram. Memang geram. Tahniah buat penulis juga buat Jemari Seni.
Geram untuk Ila berhenti kerja itu memang betul. Untuk seterusnya sehingga saya perlahan-lahan merangkak hampir 200 halaman masih dengan rasa geram yang bagi saya telah membazirkan masa saya untuk rasa geram itu. Rasa geram yang tidak ada nilai. Tidak saya nampak geram Ila itu. Setiap geramnya tidak berkaitan. Betul, tidak berkaitan itu tidak mengapa. Tetapi untuk melonjak rasa geram itu mungkin lebih rasional. Malah hidup Ila juga mendatar membuatkan saya geram. Geram kerana tiada peningkatan hidup atau perkembangan watak. Yang hanyalah geram yang sangat meleret.
Geramnya lebih kepada monolog diri sendiri bukan diluahkan. Malah sehingga saya terasa bosan untuk membaca setiap perkataan yang diolah penulis.
Ia mengambil masa 3 minggu untuk saya tutup buku ini cepat-cepat. Kerana apabila saya tutup buku ini rasa seperti – itu saja. Itu saja geramnya. Kemunculan watak Firdaus dan seterusnya biasa-biasa saja. Seperti tidak kuat dengan grrr..geram Ila tu. Bila jumpa Firdaus tiada pula geramnya. Seperti tiada kaitan langsung dengan grrr..geram itu dengan jodoh Ila. Ada, tetapi sedikit. Malah, penamatnya pula ringkas pula. Eh, tamat begitu saja?
Kadang-kadang juga geram yang entah apa-apa yang tidak nampak untuk perjalanan keseluruhannya. Tidak ada sebab untuk dijadikan ia sebagai satu plot.
Apapun, grrr..geram untuk 500 halaman tidak berbaloi. Terlalu berlebihan malah telah membazirkan kertas dan dakwat. Seharusnya ia lebih ringkas dan padat. Ada unsur dakwah dimana Ila berubah tetapi sedikit sangat. Lebih banyak grrr..geramnya.
Mungkin penulis juga perlu menyejukkan pembaca bukan geram dari awal sehingga muka terakhir.
Hadis nabi kata La Taghdab (3 kali). Jangan marah.
Kalau terlebih grrr..geram dalam novel, apa yang kita dapat dosa atau pahala? Rasa geram itu tercapai dalam buku ini tetapi syaitan mungkin gembira melihat dengan sikap kita begini. Fikir-fikirkanlah. Saya pun menulis ulasan dengan penuh grrr..geram. aura negatif terlalu kuat. Apa perlu saya saran untuk baca buku ini? Tanya diri sendiri.
---
khaulah khalid
Dec 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment