Dec 31, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (85) Kalau Sudah Sayang


Penulis: Fieyza Fadlina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN 978-967-365-079-8
Harga: RM19.00 / RM22.00
M/S: 385
Cetakan 1 – 2011

Cinta, saat kau datang menyapa, aku kelemasan
Rindu, tika kau datang menjelma, aku menginginkan


Blurb:

Tanpa kenal, Ariff Zulkarnain dan Maisarah Ernieza disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan.

“Aku sebenarnya sudah ada pilihan sendiri. Tapi disebabkan kau, pilihan hati aku ditolak mentah-mentah oleh ibu dan abah. Aku terpaksa terima kau. Aku tak ada sekelumit pun perasaan terhadap kau!”

Kata-kata Ariff Zulkarnain kepada Maisarah Ernieza membuatkan Maisarah sedar diri. Dia tahu siapa dirinya. Dia sedar, dirinya tidak standing Ariff. Masakan pipit sepertinya boleh terbang bersama Ariff, si enggang yang angkuh. Tuntutan tugas Ariff yang sentiasa berada di laut membuatkan hubungan mereka yang sudah renggang jadi lebih renggang.

Perkhabaran buruk yang menimpa Ariff membuatkan Maisarah mendapat kembali statusnya sebagai isteri orang. Namun, kebahagiaan yang diimpikan berkekalan hingga ke akhir hayat tidak terjadi. Apa yang terjadi seterusnya? Kenapa hubungan baik itu terpaksa diputuskan? Adakah sayang yang mula bercambah dalam diri dapat disempurnakan? Atau, perasaan itu harus dikuburkan?

Kak Chik menukil:

Kehidupan Sarah hanya kerja, kerja dan kerja. Apatah lagi kerjanya yang menuntut komitmen yang tinggi sehingga terpaksa mencuri waktu untuk diri sendiri. Dia tiada pilihan kerana dengan kelulusan SPM, apa sangatlah kerja yang mampu dia lamar. Kerja sebagai penjaga kaunter bank memang penat, kadang-kala dia rasa menyesal kerana tidak berkeras saat ayah menghalang dia melanjutkan pelajaran ke UiTM dulu. Ayah terpengaruh takut dia terjebak dengan maksiat setelah sepupunya sendiri terjebak dengan gejala yang memalukan. Lamaran daripada keluarga lelaki yang tidak dikenali itu diterima setelah emak dan ayah bersetuju. Dia meletakkan seluruh kepercayaan kepada perkahwinan itu. Dia mengharapkan ada sinar bahagia menanti dia kemudian hari.

Ariff sudah berterus terang dia sudah mempunyai pilihan sendiri. Namun ibu dan abah tidak pernah bersetuju dengan pilihan hatinya. Malah dipinangkan pula budak perempuan yang sama sekolah cina dengannya dulu. Dia cukup sakit hati dengan pilihan orang tuanya dan dia tidak boleh menolak kerana kepentingannya juga tergenggam dalam tangan abah. Tambah sakit hati lagi, kenapa abang-abangnya diberi kebebasan untuk memilih sendiri dan dia terpaksa menerima perempuan yang tidak dikenali? Walaupun dia bersetuju untuk bernikah tetapi dia tidak pernah sanggup menerima perempuan itu sebagai isteri, untuk menyebut nama perempuan itu pun dia benci. Sudahnya perhubungan yang terjalin terbiar sepi.

Lembut sikap Sarah saat merawat Ariff berbulan lamanya mampu mencarik ego lelaki itu. Ariff sedar Hani yang dibangga-banggakan itu tidak akan mampu menandingi layanan Sarah terhadapnya. Apatah lagi Hani tidak pernah muncul saat dia dalam kesusahan. Dan saat mereka sudah menemui jalan bahagia, ada sesuatu yang merentangi sehingga Ariff kehilangan jejak suri yang sudah bertahta di hati.

Agak sedikit janggal kerana penulis menggunakan ganti nama pertama untuk Sarah dan pada waktu yang sama diungkapkan watak lain sebagai pihak ketiga. Sesuatu yang berlainan dengan karya kahwin paksa yang lain ialah tindakan Sarah pada malam persandingan mereka susulan kata-kata pedas Ariff terhadapnya memang tidak terjangka. Agak-agak ada tak pengantin baru yang sanggup buat keputusan nekad seperti Sarah tu? Dalam seribu pada KakChik belum tentu ada seorang.

Namun begitu masih lemahnya karya ini kerana plot yang tidak kuat yang kadang-kala KakChik nilai tiada priority untuk diwujudkan. Dan juga pengakhiran yang terlalu mudah untuk mereka walaupun manis.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

0 comments: