Dec 23, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (24) Tentang Dhiya


Judul : Tentang Dhiya
Penulis : Syud
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 544 m/s
ISBN : 978-967-5118-01-2
Cetakan ketiga Jun 2010

Kulit belakang novel :

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka terpaksa kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu :

Tipikal groupmate : Tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya…!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi ‘masalah’ kepada Dhiya. Lalu, apa langkah seterusnya Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah… jika itu yang terbaik.


Bicara Ummu Ammar :

Dhiya Nurlisa nama diberi, tetapi pantang orang memanggilnya dengan nama Dhiya. Semua orang wajib memanggilnya Lisa. Lisa tinggal bersama keluarga bapa saudaranya setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan tragis. Dia manja sebenarnya tetapi perahsia. Namun perlu kuatkan diri agar tidak Nampak lemah di mata orang lain. Dia dilahirkan sebagai seorang yang sangat menepati masa. Baginya, masa itu emas! Janji itu harus ditepati bukan untuk dimungkiri. Ingin mencari fasal dengan Lisa? Mudah saja… Lewat hadir ke pertemuan yang dijanjikan! Dan orang yang berjaya menaikkan darah Lisa adalah Azril Mustaufi.

Azril sendiri bingung. Apa yang menyebabkan Lisa terlalu marah akan dirinya? Hanya kerana lewat @ terlupa tentang diskusi kerja kursus, dia dibenci? Padahal bukannya dia sengaja. Dia punya alasan tersendiri.

Azril dan Lisa. Saling menjauh. Namun takdir sentiasa menemukan mereka. Mereka berkait antara satu sama lain. Ibu Azril merupakan bekas guru Lisa. Sepupu Lisa, kawan Azril. Lalu…? Perlukah dibiarkan saja perasaan yang baru saja bertunas di jiwa atau perlu dibaja agar rasa itu bertambah mekar..?

Ini buah tangan sulung Syud. UA berkenalan dengan ‘Untuk Awak Teja Aulia’ baru diperkenalkan dengan Tentang Dhiya. Ada kesinambungan antara dua novel ini. Jalan cerita yang digarap dengan cantik sekali disamping penyampaian bahasa yang ringkas dan mudah menyebabkan watak-wataknya terasa begitu dekat di hati. Tidak rugi menjadikannya sebagai salah satu koleksi kesayangan anda. Tahniah Syud. Teruskan menghasilkan karya-karya yang indah ya.

---
Ummu Ammar

0 comments: