Dec 31, 2011

KK: cabaran 50 buku : (47) Roti Cicah Susu


Tajuk : roti cicah susu
Pengarang: Liza Nur
Terbitan: Buku Prima
Halaman: 480 muka surat
ISBN: 978-967-0184-28-9
Harga: RM 19.90

Kata Kulit Buku:

Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak.

Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak.

Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan.

Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?


Kata KK:

Baca sinopsis di kulit buku saya langsung tiada hati meneroka kisah Roti Cicah Susu. Persahabatan. Klise. Tetapi apabila ahli keluarga saya telah membeli buku ini dan mengatakan menarik, saya dengan paksa-rela bedah buku ini.

Halaman pertama sudah memberi tanggapan yang kurang menarik [pendapat saya], dengan geng tengkorak. Kemudian saya ulang sekali lagi sinopsis buku ini. keterujaan terus merudum jatuh. La, ingat awal-awal cerita tentang watak utama tetapi ianya sebagai penggerak sebuah cerita.

Watak Mai dan Ayim pada waktu kanak-kanak lebih menarik berbanding apabila mereka sudah dewasa. Elmy tenggelam kerana watak Mai dan Ayim. Saya suka dengan watak Elmy. Bagi saya, Mai watak perlu lebih menyerlah lagi dengan keunikan watak dari kecil hinggalah dewasa. Kerana penyakit, watak Mai apabila telah dewasa terlalu klise.

Kisah ketika mereka semua kanak-kanak menarik walaupun sedikit meleret. Namun, apabila mereka dewasa. Semuanya berpecah namun geng tengkorak menyatukan mereka. Cuma, plot disitu perlu diperkemaskan lagi kerana big boss dalam RCS ni misteri tetapi pendedahan watak seperti belum hebat selaku ketua geng tengkorak. Mungkin saya mengharapkan wataknya dimatikan dengan lebih bermaruah. Entah.

Keseluruhan ceritanya saya bayangkan seperti menonton drama. Sesuai untuk diaptasi sebagai sebuah drama. Menarik untuk ditonton.

---
khaulah khalid

0 comments: