Dec 16, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (26) : Dahsyatnya Maaf

Tajuk Buku : Dahsyatnya Maaf
Penulis: Muhammad Syukron Maksum
Terbitan : Pustaka Albana
Muka Surat : 164

Ulasan

Buku ‘Dahsyatnya Maaf’ ini banyak mengajar pembaca tentang kepentingan dan kelebihan meminta maaf dan memberi maaf. Banyak kelebihan meminta maaf dan memberi maaf, antaranya ialah ketenangan jiwa, menyatukan silaturrahim dan Allah suka orang yang menyambung silaturrahim. Buku ini boleh memotivasikan diri pembaca kerana buku ini dapat membantu pembaca mendidik diri supaya belajar memaafkan orang lain. Selain itu, buku ini juga mengajar ibubapa cara untuk mendidik anak dengan kata ‘maaf’.

Buku berwarna hijau apel yang diterbitkan oleh Pustaka Albana ini memaparkan serba sedikit kisah-kisah teladan yang boleh dicontohi oleh pembaca, contohnya kisah Rasulullah yang pemaaf. Penulis juga menyediakan doa-doa untuk menjadi seorang yang pemaaf. Banyak ilmu yang dapat diambil daripada buku ini kerana sifat maaf ini sangat penting dan perlu diamalkan dalam kehidupan untuk memastikan ketenangan dan kesejahteraan. Selain itu, maaf sangat dituntut dalam Islam. Allah suka orang yang meminta maaf dan memaafkan orang. Dan Allah benci orang yang memutuskan silaturrahim.

Belakang Buku

Maaf memiliki kekuatan menyembuhkan dan memperbarui. Minta maaf dapat menenangkan jiwa dan membuatkan orang merasa dihargai. Dengan memaafkan, kita dapat menyucikan hati dari keangkuhan, keras kepala, dan rasa dendam. Sementara, perilaku saling memaafkan dapat menyelesaikan masalah antara manusia, menyatukan kembali hati yang membenci, serta mencipta hidup damai dan penuh cinta.

Buku ini berisi ulasan mengenai kekuatan maaf. Disertai kisah-kisah inspiratif mengenai perilaku meminta maaf dan memaafkan. Buku ini mengajak kita menyedari bahawa tak ada yang sempurna di dunia. Toh, manusia yang baik adalah manusia yang menyadari kesalahannya, segera memperbaiki diri dan bertaubat kepadaNya.

Maka, minta maaf dan maafkanlah….

Selamat membaca!

---
Nur Amalina

0 comments: