Dec 19, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (28) : Hikmah Terapi Solat

Tajuk Buku: Hikmah Terapi Solat
Penulis : Ahmad Bin Salim Badwailan
Terbitan : Al-Hidayah Publication
Muka Surat : 119


Ulasan

Buku terbitan Al-Hidayah Publication membongkar rahsia kesihatan melalui solat. Bukan itu sahaja, wudhu’ juga mempunyai rahsia-rahsianya yang dijelaskan satu persatu dalam buku ini. Saya yakin pembaca pasti akan teruja bila mengetahui banyak kelebihan dan rahsia dalam ibadah yang sangat diambil berat oleh Rasulullah s.a.w sehingga sebelum baginda wafat, masih mengingatkan umatnya tentang solat. Selian itu, penulis memaparkan rahsia waktu-waktu solat yang mana setiap waktu yang di wajibkan kita bersolat mempunyai rahsianya tersendiri. Adakah selama ini kita mengetahuinya? Adakah kita tahu kenapa diwajibkan berwhudu’ sebelum bersolat? Apakah rahsia disebalik setiap anggota whudu’ itu? Adakah selama ini kita pernah terfikir kenapa Allah s.w.t mewajibkan solat Subuh di awal pagi? Apakah rahsia di waktu pagi itu? Begitu juga solat-solat lain dan waktunya. Semua persoalan itu dijawab oleh penulis dalam buku “Hikmah Terapi Solat” ini.



Petikan Pilihan 1

Wuduk Mencegah Kanser Kulit dan Mencegah Radang Mata
Menurut kajian, wuduk selari dengan teori ilmu kedoktoran. Wuduk dapat menjaga kesihatan badan daripada pelbagai jenis penyakit, termasuk serangan kanser. Wuduk dapat kembalikan tenaga dan semangat seseorang serta melancarkan peredaran darah dan membersihkan anggota badan yang terbuka daripada berbagai kuman yang membahayakan akibat terjadinya pencemaran persekitaran.

Petikan Pilihan 2

Solat Mencegah Pereputan Pada Tulang Belakang, Tulang Lutut dan Tulang Leher.
Profesor Farida al-Balusyi, ketua bahagian perubatan natural di hospital tentera Bahrain menegaskan solat terdiri dari rukuk dan sujud sekalipun harus dilakukan oleh orang yang sudah tua sebaiknya dilaksanakan berdiri.

Ini kerana lebih baik daripada solat dalam keadaan duduk, kecuali bila dia sudah lumpuh dan tidak mampu untuk rukuk dan sujud. Beliau mengatakan pelaksanaan solat dengan gerakan-gerakan ini, iaitu berdiri, bertakbir, rukuk, sujud berulang-ulang berfungsi sebagai perubatan yang bersifat semulajadi bagi orang yang merasakan sakit di bahagian punggung, lutut dan leher. Beliau menambah lagi, gerakan dalam solat dapat membantu seseorang yang menderita berbagai penyakit di badannya sehingga kemungkinan sembuhnya lebih cepat.

Petikan Pilihan 3

Jadual Waktu Solat Dan hubungannya Dengan Kesihatan Badan
Solat Subuh


Waktu berakhirnya dominasi urat syarat (selain al-wadi) yang tenang pada malam hari dan mulanya kegiatan ‘al-jihaz al-wadi’ yang aktif pada pagi hari.


Kulit Belakang Buku

Solat bukan sahaja sebagai bukti pengabdian diri kepada Allah taala. Bahkan ia juga merupakan salah satu daripada terapi yang amat berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang hal ini, para pembaca yang budiman digalakkan mengamati isi kandungan buku ini dengan baik. Buku ini dimuatkan dengan bukti-bukti kajian pakar-pakar kesihatan tentang fadilat solat dari sudut kesihatan rohani dan jasmani. Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua.

---
Nur Amalina

0 comments: