Dec 20, 2011
R: Cabaran 50 Buku (85) Kau Yang Aku Sayang
Kau Yang Aku Sayang
Penulis: Liza Nur
Cetakan pertama 2008
Terbitan Creative Enterprise
RM19.90
360 mukasurat
9789838938914
"Andai cinta itu milikku, pasti akan jadi milikku jua..."
Akhirnya dapat juga baca novel pertama Liza Nur. Sejak membaca 'Bukan Salahku' karya penulis ini bersama Buku Prima, aku berminat untuk mengikuti setiap novel beliau. Tinggal novel terbaru Liza Nur saja yang aku belum sempat baca iaitu Roti cicah susu kalau tak salah tajuknya.
Kau Yang Aku Sayang yang membawa latar cerita seorang artis popular dan krew-krew belakang tabir adalah jenis kisah yang jarang-jarang aku baca. Kali terakhir yang aku baca berlatar cerita artis begini rasanya cerita 26 Episod Gosip :) Karya pertama yang tidak menghampakan. Liza Nur bermula dengan baik dengan karya ini dan semoga akan terus berkarya dengan gaya tersendiri ini :)
Kisah ini tentang Suraya dan Alif yang merupakan sahabat karib sejak kecil. Alif yang montel dan berkaca mata tebal power giler menyimpan cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal manakala cita-cita Suraya adalah jauh lebih besar iaitu nak jadi seperti matahari yg menyinari hidup orang lain. Well, nampaknya org yg mempunyai cita-cita yang lebih spesifik lebih mudah mencapainya berbanding Suraya yang hidupnya masih lagi struggle ketika Alif sudah popular dan glamor.
Perjalanan hidup Alif dan Suraya sebenarnya tidak mudah setelah kedua-duanya terpisah. Mungkin masing-masing menyangka dirinya lah yang paling menderita sedangkan kisah sebenarnya menunjukkan penderitaan yang sama tahapnya cuma ujian Allah itu berbeza untuk mereka.
Kalau Suraya struggle untuk survive dalam hidup untuk mendapatkan segulung ijazah, Alif pula struggle bertarung nyawa dengan kanser hingga membawanya jauh dari Malaysia dan jauh dari Suraya.
Suraya hanya mampu melihat dari jauh. Alif diminati dari jauh. Tidak lagi seperti waktu kecil dahulu. Alif sudah kacak bergaya dan didampingi Tisya yang glamor dan jelita. Suraya seperti multifunction human, kadang-kadang dia menghantar pizza, kadang-kadang dia maskot menghiburkan pelanggan, kadang-kadang pula dia pelajar yang nekad mahu berjaya dalam pelajaran.
Suatu insiden telah menemukan mereka semula tetapi Alif tidak pasti adakah itu Aiya yang pernah akrab dengannya. Dia cuba mengorek rahsia namun Suraya sering melarikan diri. Huluran kasih Aziq disangka dapat mengubat hatinya yang berduka namun tanpa disangka dia sendiri melukakan hati Nori, teman serumahnya yang mengambil berat tentang dirinya. Dia menyalahkan Aziq kerana merahsiakan sejarah perhubungan Aziq dengan Nori. Walau bagaimanapun Aziqlah yang membawanya ke dunia belakang tadbir pembikinan video clip dan tanpa disangka artis untuk video clip kali ini adalah Alif. Alif cuba membangkitkan kenangan lama dengan berkaca mata tebal dan berpakaian biasa. :)
Scene Suraya naik angin bila orang tengok semacam dia pakai pyjama tweety tu lawak la :) comel!
sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirlah sejarah kita yg bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji2 lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?
Dan andaiya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkaut elah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment