DOKTOR CINTA
Penulis : Dyadila
Halaman : 833
Harga : RM 26.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 15 - 2012
Secara ringkas :
Hidup Mazliana Haji Nordin seorang gadis yang happy go lucky berdasarkan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana tapi disebabkan seorang lelaki yang bernama Tengku Iskandar Tengku Mazlan, 3P pula yang muncul dalam hidupnya iaitu pening, pelik dan porak-peranda! Semuanya gara-gara lelaki itu mengupahnya untuk menjadi tuning olok-oloknya di hadapan Tengku Mariam. Perancangan itu dilakukan bagi mengelak dirinya dari dijodohkan dengan Natasha a.k.a minah lintah.
Masalah bertambah rumit bila Tengku Mariam betul-betul jatuh sayang dengan Mazliana dan mahu mereka bertunang. Mazliana terpaksa bertunang dengan Tengku Iskandar disebabkan surat perjanjian yang telah ditandatangan olehnya jika dia melanggar dia terpaksa membayar tiga kali ganda upah yang Tengku Iskandar bayar kepadanya.
Gelaran sebagai tunang Tengku Iskandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tengku Iskandar selalu menyusahkan hidupnya, tapi dirinya sendiri pun tak kurang juga selalu menyusahkan hidup Tengku Iskandar jugak ada saja yang hendak digaduhkan. Mujur ada Zikri sebagai orang tengah antara mereka. Dalam pada masa yang sama, Zikri menaruh hati pada Mazliana tapi tak berani meluahkannya kerana dia tahu Tengku Iskandar pun sukakan Mazliana sebenarnya.
Julia Hana, kekasih lama Tengku Iskandar muncul semula menagih kasih lelaki itu. Mazliana dianggap saingan dalam memenangi hati Tengku Iskandar, menyebabkan dia merangka sesuatu yang jahat untuk menjatuhkan Mazliana. Akhirnya Julia berjaya juga menjatuhkan Mazliana sehingga satu tahap Mazliana seolah-olah terbuang dari orang yang sayangkannya selama nie, ibubapanya meninggal dunia dan dia membawa diri ke luar negara. Ketika Mazliana sedih muncul Doktor Cinta yang sering menghantar kad-kad comel beserta kata-kata cinta untuknya. Hati Mazliana terpaut pada Doktor Cinta tanpa mengetahui siapa gerangan lelaki misteri itu.
Tengku Iskandar yang dapat menghidu kerja jahat Julia mula sedar permata yang dia cari selama ini adalah Mazliana… tapi hati Mazliana dah berubah! Dia tak akan terpedaya lagi dengan Tengku Iskandar. Hadi Ridzwan yang selama nie meminati Mazliana menawar diri menjadi pelindung Mazliana dan dia menerima lelaki itu. Tengku Iskandar kecewa dengan berita perkahwinan Mazliana.
Tapi! Ada yang tak senang dengan kebahagiaan Mazliana. Siapa lagi kalau bukan Julia. Pada hari perkahwinan Mazliana dia telah merancang sesuatu untuk MELENYAPKAN terus Mazliana. Berjayakah Julia melaksana niat terkutuknya itu? Tiada ruangkah untuk Mazliana bergembira seperti dulu lagi? Dan siap doktor cinta tu sebenarnya?
Komen saya :
Memang super awesome novel nie! bukan saya sorang ja yang cakap macam nie ya. Rata-rata orang yang review novel nie pun akan cakap benda yang sama sebabnya satu ja… novel nie memang best. Memang berbaloi bayar harga RM 26 untuk novel nie. =)
Cerita dia memang sempoi habis… dari muka surat pertama kita baca pun dah boleh buat kita tersenyum sebab penuh dengan ayat-ayat sarkastik yang gila-gila sampailah ke muka surat terakhir cerita nie, lawaknya tetap ada… tapi ada juga bahagian sedih. Masa ayah dengan Mazliana meninggal… Fuh! Mengalir jugaklah air mata nie dibuatnya. Sedih ja rasa, macam kita ada dekat sebelah Mazliana tu. Nampak? Kat sini ja kita boleh tengok penulis pandai main dengan emosi pembaca.
Watak dalam novel nie pun bagi saya diolah dengan menarik walaupun Cuma watak sampingan. Dan yang paling saya suka penulis buat ending untuk setiap watak! Saya kurang berminat sikit kalau novel tu ending dia macam tergantung. Tapi dalam Doktor Cinta nie boleh dikatakan setiap watak ada penamatnya dan penamatnya semua best-best.
Part yang tak boleh saya lupa masa Mazliana cakap dengan Kamal (Si Skema)…
"Awak suka makan apa?"
"Nasi," jawab Mazliana sepatah
"Baguslah saya pun sama."
"Emmm... awak pandai baca Al-Quran?" Mazliana menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kut.
"Bolehlah setakat untuk diri sendiri." Hesy... mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau tanya!!!
"Awak kerja apa?"
"Tak kerjalah, duduk rumah. Makan tidur lepas tu makan lagi sekali-sekala pergi tandas."
"Saya suka dengar lagu nasyid, mesti awak pun suka, kan?" Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama lain.
"Emmm... taklah. Saya suka lagu rock Metalica, Wings, Jinbara. Lepas tu, lagu Mulan. Akulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi... ah ah." Tiba-tiba Mazliana berlagu kuat siap dengan gaya. Kamal tersedak. Tersembur sedikit air dari mulutnya.
Adoi, memang gelak tak ingat dunia masa baca part tu sebab saya terbayang Maz menari macam Mulan Jameela tu siap bunyi “Ah… ah…” Memang Doktor Cinta ‘ubat’ stress yang sangat sesuai. Berani jamin lepas baca mesti stress tu hilang. Dari 5 saya bagi 4.5! Pastikan masa baca cerita nie duduk sorang-sorang. Bukan apa takut kena label otak mereng sebab tiba-tiba ja gelak sorang-sorang. Hehe.
p/s : e-novel dekat blog penulis (teratakdyadila) pun semua best-best. Paling saya suka Gila Kau, penulis cakap GK tu pun nanti dah nak di publishkan… kita tunggu…
XX Quotes : Memang highly recommended bagi siapa-siapa yang tak baca lagi. =)
Dec 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment