Tajuk Buku : Kawal Berat Badan
Penulis : Bahrin Samah
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Muka Surat : 199
Ulasan
Buku terbitan Alaf 21 ini membantu pembaca yang mengimpikan berat badan yang stabil atau menurunkan berat badan. Selain itu, penulis juga membuatkan pembaca mengenal punca masalah berat badan dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah tersebut. Penulis juga menyelitkan kesan-kesan negetif akibat daripada kesilapan masyarakat dalam cara menguruskan badan.
Buku hasil daripada Bahrin Samah ini mengajar pembaca mengenalpasti makanan yang perlu diambil untuk mereka yang mengimpikan bentuk badan yang cantik seperti lemak yang baik, kalsium dan lain-lain. Selain itu, penulis juga membuka mata pembaca tentang kandungan makanan yang mempunyai bahan-bahan yang menyebabkan kegemukan yang sering kita ambil dalam kehidupan seharian. Melalui ilmu yang dikongsikan oleh penulis, dapatlah kita mengawal makanan kita daripada mengambil makanan yang tidak perlu.
Marilah bersama-sama menjaga kesihatan kita. Bukan sahaja cantik tetapi sihat juga. Kesihatan itu sangat penting. Mencegah lebih baik daripada mengubat!
Kulit Belakang Buku
Masalah berat badan dan obesiti semakin menjadi-jadi di negara kita. Punca setiap individu menjadi obes berbeza-beza. Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk gaya hidup yang melibatkan pemakanan, stres, keseimbangan metabolisme, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh serta hasil tindak balas tubuh terhadap makanan yang dimakan.
Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik yang kelihatan. Ia adalah ancaman kepada kesihatan dan umur anda. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Fakta-fakta menarik berkaitan masalah berat badan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab tersendiri. Langkah-langkah mudah mengawal berat badan juga dijelaskan sebagai panduan berguna untuk anda.
Selain mengandungi pengetahuan yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan, pengalaman pengetahuan dalam buku ini juga boleh membantu anda melambatkan proses penuaan. Semoga anda menjadi insan yang sihat, tegap, kuat, ceria dan cemerlang.
---
Nur Amalina
Dec 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment