Dec 31, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (88) Untukmu Sayang

Penulis: Marwati Wahab
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN 978-983-3880-14-0
Harga: RM21.90 / RM24.90
M/S: 585
Cetakan 1 - 2008
Cetakan 2 – 2010

Dendam itu melontarku ke jurang sepi, lalu membunuh bahagia yang bersemi

Kak Chik menukil:

Mereka hanya dua beradik, Dasiera dan Hazim terpaksa hidup berdua selepas ayah mereka Hanif meninggal dunia. Bukan mereka tiada keluarga tetapi mereka tidak pernah mencari atau dicari kerana pada mereka berdua sudah cukup bahagia dengan apa yang mereka ada.

Kepulangan Dasiera ke semenanjung setelah lima tahun di bumi Sabah, direnggut dengan khabar gembira yang disampaikan Hazim. Bukan dia tidak gembira jika abang yang telah banyak berkorban untuknya sudah menemui suri hati tetapi gadis pilihan Hazim itu pernah melorek sejarah hitam antara mereka. Kerana kenakalan zaman remaja, Dasiera terpaksa membayarnya dengan harga yang cukup mahal. Yana masih menyimpan dendam padanya dan jika dia mahu Hazim bahagia, Dasiera mesti meninggalkan Hazim dan menghilangkan diri selepas perkahwinan Hazim dan Yana jika tidak mahu Yana membatalkan perkahwinan tersebut. Dasiera buntu kerana dia tidak mahu Hazim kecewa apatah lagi masalah tersebut berpunca daripadanya.

Dasiera menghilang tanpa berita dan Hazim tidak pernah mahu menjejaki adiknya kerana terlalu terluka dengan perbuatan Dasiera dan dikukuhkan lagi dengan layangan nota yang menyatakan Dasiera tidak boleh berkongsi Hazim dengan Yana. Sudahnya mereka sama-sama memendam rindu dan derita.

Bertitik tolak dari tiada arah tujuan Dasiera mencari waris yang masih wujud. Pertemuan dengan datuk, nenek dan mak ngah. Dia bersyukur kerana kehadirannya diterima mereka. Dia menumpang kasih pada mereka tetapi ingatan dan rindu pada Hazim tidak pernah padam.

Rupanya di sana masih ada yang sayang padanya. Kehadiran Farish, lelaki yang tampan itu mampu membuat Dasiera mengukir senyuman. Perusahaan kedai gambar yang dibangunkan Dasiera makin berkembang dan perhubungannya dengan Farish juga sudah ada tunas-tunas yang berkembang.

Sedang Dasiera mahu mengukir bahagia ada rahsi yang tersingkap. Alahai…pendeknya akal Syarifah sehingga sanggup mengambil tindakan tersebut. Nasib baik la Dasiera dan Hazim tu bukan anak yang jenis keras hati, senang saja mereka menerima kembali Syarifah. Rasa macam tak relevan langsung alasan yang digunakan Syarifah tu.

Kesudahan??? Akan tersingkap tirai yang ditutup Yana. Dan rasa macam nak aje ketuk kepala Yana tu kerana dia jenis yang tidak tahu bersyukur dan sedar.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

0 comments: