Dec 19, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (38) KAU SAYANGKU

KAU SAYANGKU
Penulis : Bikash Nur Idris
Halaman : 419
Harga : RM 17.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1 - 2005


Secara ringkas :

Pernah dengar orang ‘bertunang’ melalui nama sahaja? Itulah yang berlaku pada Arisa Nurailiz gadis genit, dalam usaha mengelak diri dari Eddy Sham dia terpaksa mencipta satu nama untuk dijadikan sebagai ‘tunangnya’ bagi melepaskan diri dari diganggu Eddy. Untuk sebulan yang pertama pembohongannya berjaya membuatkan lelaki itu berhenti mengganggu hidupnya. Hidupnya kembali tenang tapi tanpa Arisa sedar sebaris nama ‘Akif’ tu bakal mengubah hidupnya.

Tunang ciptaannya itu betul-betul wujud! Bala apa pula kali nie, masalah yang ingin Arisa elak rupanya akan bertambah parah. Akif Zamani memang wujud di muka bumi nie dan dia adalah bos Arisa.

Arisa berusaha keras untuk menyembunyi ‘kisah pertunangan’ yang dia reka dari pengetahuan Akif tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Akif tahu akan kisah pertunangan mereka. Bermula dari itulah Arisa betul-betul terpaksa menjadi tunangan Akif.

Bila mereka hampir mengecapi bahagia Datin Marina yang juga ibu saudaranya pula cuba merampas Akif untuk Shareen. Semua itu dilakukan kerana dendamnya. Dendam kepada ibu Arisa, Maliah yang juga kakak kembarnya. Dendam mereka terbawa-bawa hingga ke anak-anak mereka. Tapi Marina yang mencetuskan dendam tu bukan Maliah.

Bermacam-macam agenda diaturkan supaya Arisa dan Akif terpisah. Semua itu tak mustahil kerana kembar Arisa iaitu Ayana juga berjaya dipisahkan dari Zaril hanya kerana Datin Marina mahukan Zaril untuk anaknya Azarina. Jadi berjayakah Arisa cuba mempertahankan hubungannya dengan Akif? Sedangkan Datin Marina mempunyai pengaruh yang sangat kuat.


Komen saya :

Terbaik! Walaupun novel nie tak tebal, nipis saja tapi bagi saya cukup semuanya. Konflik dan jalan ceritanya sangat-sangat menarik lain dari yang lain. Pendek kata memang puas hatilah baca.

Kau Sayangku merupakan buah tangan pertama Bikash Nur Idris yang saya baca. Walaupun dah baca tahun 2005 tapi boleh dikatakan setiap tahun saya ulang baca sebab cerita memang unik, sweet dan menarik. tak pernah baca lagi cerita macam nie.

Kalau pembaca lain mungkin sukakan watak Akif, saya pun suka tapi saya lebih sukakan watak Eddy Sham. =) Watak Datin Marina memang watak antagonis yang menjadi! Jahat dia tu kita boleh rasa. Watak Arisa sebagai teraju utama dibangunkan dengan baik sekali. Senang cakap pengolahan watak memang baik sebabnya dalam novel ni memang ada banyak watak sampingan dan watak utama. Tapi setiap watak diceritakan dengan baik dan tidak ada perselisihan.

Bagi saya penulis pandai bangkitkan jalan cerita novel nie dari konflik orang tua hinggalah bersambung ke anak-anak mereka semuanya tersusun. Novel nie termasuk kategori bila dah pegang mesti kena baca sampai habis! Tak boleh lepas.

Kisah cinta Arisa dan Akif juga sangat sweet. =)


XX Quotes : Sangat disyorkan baca. Tak rugi punya kalau beli. =) novel nie dah pernah jadi drama di tv Dari Mata Arisa

0 comments: