Dec 20, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (41) EGOIS

EGOIS
Penulis : Norhayati Berahim
Halaman : 310
Harga : RM 12.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1 & 2 - 2001
Cetakan 3, 4 & 5 - 2002
Cetakan 6 - 2004
Cetakan 7 - 2005


Secara ringkas :

Atia dan Fikri, mereka bersahabat sejak dari sekolah lagi. Fikri sememangnya menyukai Atia dari dulu lagi tetapi sikap Atia yang seperti tak endahkannya membuatkan Fikri tertanya-tanya akan perasaaan Atia yang sebenarnya. Fikri akhirnya nekad mereka sebuah cerita tentang pertunangan palsunya kepada Atia.

Tapi semuanya tak berjalan seperti yang Fikri rancangkan. Atia yang menyangka Fikri betul-betul sudah bertunang mula menjarakkan dirinya dari Fikri. Lokman, salah seorang pelanggan Atia mula jatuh hati dengan Atia.

Kemudian Atia mula rapat dengan Azali pula iaitu sepupu Atia sendiri. Dari sehari ke sehari hubungan Atia dengan Azali mula rapat tetapi perhubungan mereka tidak disenangi Haji Idris. Lelaki tua tu merasa bimbang sekiranya Atia dan Azali nekad mahu berkahwin. Seolah-olah ada rahsia tersembunyi mengapa dia membantah perhubungan Atia dan Azali tetapi kenapa?

Fikri pula setelah kelam-kabut cuba membetulkan segala masalah yang berpunca darinya. Apabila dia cuba menjelaskan perkara sebenar Atia tak mahu mendengarnya dan keadaan makin parah bila Atia meletak jawatan. Akhirnya Fikri terpaksa membuat satu keputusan demi memperbaiki hubungannya dengan Atia dan supaya Atia menjadi miliknya. Fikri nekad menculik Atia!

Mampukah Fikri membetulkan segala kemelut yang diciptanya sendiri? Apakah rahsia yang cuba Haji Idris sembunyikan?


Komen saya :

Norhayati Berahim nama penulis yang tak asing lagi peminat novel. karya-karya beliau semuanya tidak mengecewakan bagi saya termasuklah naskah Egois.

Memang terbaiklah idea NB kali nie, hero culik heroin sebab nak tawan hati heroin. Sangat sweet! Tapi mula-mula baca tu kita akan rasa geram sikit lah dengan Atia dan fikri nie sebab dua-dua orang macam main tarik-tarik tali. Kalau dah suka tu cakap saja lah kan tak payah nak reka cipta cerita dah bertunang segala bagai sampai masalah jadi meleret-leret. Lepas tu yang Atia pun satu dah suka tu bukan nak mengaku. Diamkan diri ja. Tapi tu tandanya memang terkesanlah emosi kita baca novel nie.

Kemudian cerita nie pun ada unsur kekeluargaan. Konflik keluarga yang penulis cetuskan memang menarik. Watak Azali tu bagi saya memang menghidupkan lagi jalan cerita novel nie dan semestinya watak Fikri dan Atia diolah dengan baik. Bagi saya mereka nie pasangan comel ja. Main tarik-tarik tali mula-mula tu padahal suka sama suka. =)

Paling saya suka novel nie nipis ja, tak makan masa pun nak baca sekali baca ja dah boleh habis. Jadi, siapa-siapa yang suka baca novel tapi tak suka baca novel yang tebal novel nie lah yang paling saya syorkan baca. Memang berbaloi.


XX Quotes : Tak rugi baca sebab memang best. =)

0 comments: